
PASUKAN ragbi tujuh sebelah India dinasihatkan untuk makan tujuh kali sehari bersama dengan sekurang-kurangnya 15 biji telur bagi memastikan kejayaan dalam Sukan Komanwel tahun depan yang akan diadakan di negara itu.
Menurut jurulatihnya, Norman Laker, enam biji telur harus diambil ketika sarapan manakala sembilan lagi pada bila-bila masa dalam hari itu.
''Kini, makan tiga kali sehari yang diamalkan oleh setiap pemain tidak mencukupi. Ini kerana di Afrika Selatan, pemain ragbi elit makan tujuh kali sehari.
''Pemain-pemain India juga tidak mempunyai berat yang setanding dengan pemain antarabangsa. Mereka hanya mempunyai berat antara 72 kilogram (kg) hingga 77 kg manakala pemain antarabangsa mempunyai berat antara 88 kg dan 100 kg. Itulah berat badan yang harus dimiliki sekiranya India ingin menempa nama dalam Sukan Komanwel nanti,'' katanya.
Pasukan India diletakkan di tangga ke-83 daripada 95 pasukan dalam International Rugby Board.
Mendahuluinya ialah Afrika Selatan.
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com