Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Ogos 18, 2009

Hajat Kedah balas dendam tercapai


PASUKAN veteran Kedah meraikan kejayaan merangkul Piala Sultan Kedah selepas menewaskan Kuala Lumpur di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin.


DENDAM berbalas.

Kedah yang kecundang tiga kali berturut-turut kepada Kuala Lumpur pada saingan akhir Piala Malaysia pada 1987, 1988, 1989 akhirnya berjaya menewaskan skuad ibu kota itu malam kelmarin.

Itupun setelah 20 tahun dan rata- rata pemain sudah bergelar veteran dengan usia sekitar 40-an.

Kemenangan itu dicapai pada perlawanan Nostalgia Akhir Piala Malaysia merebut Piala Sultan Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Kejayaan 7-6 veteran Kedah digapai menerusi penentuan sepakan penalti setelah seri 3-3 selepas tamat masa perlawanan sebenar.

Pada tiga final itu, Kedah tewas 0-1 (1987), 0-3 (1988) dan 1-2 (1989).

Veteran Kedah yang diketuai Radhi Mat Din terlebih dahulu menggegar gawang veteran Kuala Lumpur pada minit kedua menerusi Mohd. Farouk Ismail setelah penjaga gol lawan M. Pavalamani gagal menampan hantaran silang Tan Cheng Hoe.

Kedah menguasai saingan dengan hantaran serta serangan pantas ke pintu gol pelawat dan pada minit ketujuh, mereka sekali lagi menembusi gawang Kuala Lumpur menerusi Hussein Jaafar.

Walaupun ketinggalan dua gol, Kuala Lumpur bangkit dan menemui sasaran menerusi sentuhan Fandi Ahmad pada minit ke-16 yang membuat hantaran satu dua dengan Shahrin Majid.

Ternyata sentuhan Fandi masih berbisa dan dia sekali lagi menggegar gawang tuan rumah pada minit ke-26 untuk menjadikan kedudukan 2-2.

Skuad Hijau Kuning tidak berputus asa dan hasilnya pada minit-minit akhir babak kedua, Hussein tampil menyambar bola yang terlepas dari- pada dakapan Pavalamani.

Pada babak kedua lebih 2,000 penonton tuan rumah dikejutkan dengan gol awal Kuala Lumpur menerusi jari- ngan Shahrin pada minit ke-42.

Selepas gol tersebut kedua-dua pasukan memperlahankan rentak permainan dengan bola banyak berlegar di tengah padang.

Pada penentuan penalti Fandi gagal meneruskan sentuhan cemerlangnya apabila sepakannya ditampan Ahmad Sobri dan rentak kekala- han Kuala Lumpur disahkan Ghani Malek yang gagal menyempurnakan sepakan kelima.

Sebelum itu tiga sepakan penalti Kuala Lumpur disempurnakan K. Gunalan, Amirudin Ahmad dan Azlan Meri manakala empat sepakan Kedah pula disempurnakan oleh Khatul Anuar Abdul Hamid, Mohd. Nizam Adz- har Yusuff, Cheng Hoe dan Manja Man.

Hadiah disampaikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

kosmo


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive