Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Ogos 17, 2009

Nik Aziz, Hadi, Anwar dan Guan Eng iringi calon PAS



Oleh Dzulfikar Mashoor

PERMATANG PAUH, 16 Ogos: Menjelang hari pernamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pasir esok. Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng antara pimpinan utama Pakatan yang dijangka akan mengiringi calon PAS Ustaz Saleh Man esok (hari ini).

Selain mereka, kesemua pemimpin PAS di peringkat pusat yang lain di samping para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat juga dijangka akan hadir perarakan calon tersebut.

Majlis esok (hari ini) akan bermula jam 7.45 pagi di mana kesemua penyokong Pakatan Rakyat diminta berkumpul di Simpang Tiga Berapit sebelum berarak ke Jalan Mengkuang.

Penempatan itu adalah seperti yang dipersetujui pada perbincangan antara wakil-wakil calon bertanding dengan pihak polis. Manakala pusat penamaan calon adalah dewan Institut Kemahiran Belia Negara IKBN Bukit Mertajam.

Setiausaha PAS kawasan Permatang Pauh Ahmad Kamal Bin Ahmad ketika ditemui memberitahu, PAS negeri itu menganggarkan lebih 10,000 penyokong Pakatan Rakyat akan hadir esok (hari ini).

Beliau turut memberi jaminan perhimpunan esok (hari ini) juga akan berlangsung aman. Bagaimanapun bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini, 300 petugas Unit Amal akan ditempatkan mengawal keadaan.

Semalam Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang DSP Wari Kiew memberitahu, dua jalan utama ke pusat penamaan ditutup kepada lalulintas iaitu Jalan Berapit di hadapan perkuburan Cina Berapit dan simpang tiga Jalan Berapit/Jalan Mengkuang mulai pukul 6 pagi hingga 3 petang esok (hari ini).

Sehubungan itu kesemua penyokong Pakatan Rakyat diminta merancang perjalanan dan mengikut arahan pucuk pimpinan.

harakahdaily


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive