Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Ogos 13, 2009

Peguam Sedia Bongkar Kematian Teoh Beng Hock




Barisan peguam mewakili keluarga mendiang Teoh Beng Hock bersedia membongkar rahsia kematian setiausaha politik Selangor itu dan kini sedang menganalisa akuan dan jawapan para saksi.

Hari ini merupakan hari ke 7 inkues kematian mendiang berjalan dan saksi 11 dan 12 telah dipanggil untuk sesi soal jawab. Namun hari ini juga menyaksikan beberapa saksi gagal hadir ke soal-jawab ini atas pelbagai alasan.

Saksi pertama yang memberi keterangan pada hari ini ialah Inspektor Mohd Zulaimi Mohd Zubir dari cawangan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam yang telah menyaksikan rakaman kamera liter tertutup (CCTV) milik syarikat Plaza Masalam.

Zulaimi dalam kenyataannya memberitahu mahkamah, beliau telah diarahkan oleh pegawai atasannya yang berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP) untuk merampas "hard disk" yang mengandungi imej Teoh Beng Hock. Dalam rakaman tersebut Zulaimi mendakwa beliau telah melihat imej mendiang memasuki bangunan Plaza Masalam melalui lobi tingkat pada 18:08:55.

Menurut Zulaimi, sepanjang pemerhatiannya melalui rakamam CCTV itu tidak terdapat rakaman mangsa meninggalkan bangunan tersebut. Akuan ini seraya mengesahkan bahawa Beng Hock tidak meninggalkan Plaza Masalam melalui cara 'biasa'.

Mendiang Teoh Beng Hock ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM pada 16 Julai lalu. Mangsa ditemui mati pada hari perkahwinannya.

Zulaimi merupakan antara pegawai polis yang terawal menyaksikan keadaan mayat mangsa setelah dihubungi oleh petugas dari Ibu Pejabat polis Daerah Shah Alam yang turut berada di tempat kejadian.

Menurut Zulaimi, ketika beliau tiba di tempat kejadian, beliau melihat mayat seorang lelaki dipercayai berbangsa Cina ditutup menggunakan plastik hitam yang dipercayai plastik sampah dan ditindih dengan bata bagi mengelakkan plastik itu terbang yang kemudiannya disahkan sebagai Teoh Beng Hock.

Mayat mangsa ketika itu berada dalam keadaan tertiarap dengan kesan darah mulai kering di bahagian mulut dan hidung. Pakar bedah siasat mengesahkan mendiang telah mati enam jam sebelum ditemui polis.

Gobind Singh Deo bagaimanapun tidak berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh saksi pada hari ini.

" Memang ada isu-isu yang dibangkitkan yang kali lihat sebagai serius dan akan kami bangkitkan di dalam penghujahan nanti"

Pegawai penyiasat polis ini kelihatan gugup semasa disoal oleh peguam Gobind Singh Deo. Zulaimi dipersoalkan kerana tindakan beliau yang tidak mengambil butiran empat atau lima anggota SPRM yang berada di tempat kejadian.

Empat atau lima orang itu adalah mereka yang memaklumkan kepada Zulaimi bahawa Beng Hock adalah saksi yang dipanggil SPRM dalam operasi terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Zulaimi disoal apakah identiti empat atau lima anggota SPRM itu tidak penting dalam siasatan polis. Zulaimi gagal menjawab dan kelihatan gementar sepanjang disoal-siasat peguam kepada keluarga mangsa ini.

Dalam satu perkembangan yang mengejutkan, salah seorang penyiasat Beng Hock tidak mencatatkan sebarang siasatan dibuat keatas Beng Hock pada hari kejadian.

Pegawai penyiasat terbabit, Mohd Anuar Ismail, langsung tidak menulis adanya soal-siasatan dibuat keatas Beng Hock dalam buku siasatan hariannya.

Selepas itu, inkues sebelah petang saksi ke 12 yang juga tidak terdapat dalam senarai turut dipanggil untuk sesi soal jawab pada hari ini.

Beliau ialah Penolong Analisis Seksyen Jenayah Komputer, Unit Forensik PDRM, Inspektor Mohd Zaidi Abu Hassan. Beliau merupakan pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk menganalisa telefon bimbit mangsa yang telah diterima pada 21 Julai 2009.

Zaidi diminta untuk menganalisa telefon bimbit jenama Sony Ericson milik Teoh Beng Hock dan diarah untuk mengeluarkan semua maklumat dalam telefon bimbit dan kad sim berkenaan.

tva


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. rindu ingin tahu tapi benci hendak membaca tragedi tbh ni.apakah inquest ini dapat menghasilkan kebenaran yang dituntut,sejajar dengan tuntutanya jika sekiranya ia masih hidup?dapatkah bukti bisu yang ditinggalkan simangsa menterjemahkan keadaan yang dilaluinya?semua menanti dan mengharapkan pagar kali ini tidak akan memakan padi.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive