Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Ogos 12, 2009

Belasungkawa Dharmala N.S



Sasterawan Dharmala N.S meninggal dunia

Sasterawan dan budayawan Dharmala N.S. atau nama sebenar beliau Abdul Muluk Daud meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor, kira-kira 8.45 pagi ini akibat sakit jantung.

Abdul Muluk, 62, yang turut mesra dengan panggilan Pak Dharma meninggalkan seorang balu dan enam orang anak empat lelaki dan dua perempuan, berusia antara 16 hingga 31 tahun.

Isteri Allahyarham, Adiah Matlana, 54, berkata suaminya diserang sakit jantung selepas bersahur bersama ahli keluarganya di Taman Seri Gombak, Selangor pada 4 Ogos lepas.

"Pak Dharma terus dikejarkan ke Hospital Selayang oleh ahli keluarga dan dimasukkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) sehingga menghembuskan nafas terakhir pagi ini," katanya.

Abdul Muluk juga merupakan pengendali laman blog Warga Prihatin Malaysia (PRIMA-http://www.adimul.blogspot.com/).

Adiah berkata jenazah Allahyarham dikebumikan di kampung asal Allahyarham di Kampung Bachang Mantin, Petaling, Jelebu, selepas solat Asar.

Allahyarham semasa hayatnya merupakan penulis novel, cerpen, sajak, drama televisyen dan penulis skrip filem Raja Melewar.

Antara novel beliau ialah Hanya Tinggal Kenangan, Lembah Tercinta dan Tinggal Kasih Tinggallah Sayang, antara cerpennya bertajuk Rumah Baru (antologi bersama), Sayembara 11 (antologi bersama), Sayembara 111, manakala antara drama tv bertajuk Terbang Kenyalang dan Satu

shalehudin

biaqpila.blogspot.com mengucapkan takziah dan semoga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive