Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Ogos 09, 2009

Ramai tidak yakin perjuangan BN: Nizar




DUNGUN - Sokongan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) semakin hilang, buktinya ramai pemimpin parti komponen itu sudah meninggalkan parti mereka dan akhirnya menyertai Pakatan Rakyat (PR),

Demikian menurut bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin ketika menghadiri program ‘sepetang bersama Nizar', anjuran Lajnah Ekonomi Pas Kawasan Dungun.

Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata, pelbagai masalah timbul menyebabkan pemimpin BN sedikit demi sedikit sudah tidak yakin dengan perjuangan parti mereka dalam BN.

Mengulas keputusan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan juga pemimpin kanan MCA yang juga bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng meninggalkan parti mereka lalu menyertai PR, Nizar berkata ia membuktikan bahawa perjuangan UMN0 dan BN sudah ditolak bukan sahaja rakyat, malah pemimpin.

“Penyertaan pemimpin BN ke dalam Pakatan Rakyat menggambarkan perjuangan PR berasaskan keadilan dan ketelusan sudah mula diterima,” katanya.

Mengulas isu rungutan peniaga yang mendakwa mereka mengalami kerugian ekoran demonstrasi menentang ISA di ibu negara 1 Ogos lalu, beliau yang juga Naib Presiden Pas menegaskan, perkara itu tidak sepatutnya berlaku jika golongan terbabit dibenarkan berhimpun secara aman dan dapat memberi keuntungan kepada peniaga kerana orang ramai datang ke Kuala Lumpur sempena perhimpunan terbabit.

“Bayangkan jika 100,000 orang dibenarkan berada di Kuala Lumpur, berhimpun secara aman, ia akan memberi pendapatan kepada peniaga di kawasan sekitar.

“Mereka akan makan dan minum di kedai makan atau restoran berdekatan dan sebagainya. Oleh itu, ia meningkatkan pendapatan,” katanya.

Mengulas kemelut politik yang berlaku di Perak, Nizar, Ahli Parlimen Bukit Gantang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang berkata, kecelaruan politik yang berlaku di Perak memberi kesan negatif terhadap perjalanan sosial, ekonomi dan politik negeri itu.

“Selagi situasi politik di Perak tidak dipulihkan, selagi itu pelabur asing tidak yakin untuk melabur dan ia menjejaskan ekonomi,” katanya.- Sinar Harian


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive