Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Ogos 06, 2009

SERAM : Kisah dari Bukit Bauk, Dungun..



Cerita ni disampaikan oleh seorang kawan pada aku tak beberapa dulu. Aku tidak pasti kesahihan cerita ini namun mungkin ada pengajaran dan peringatan buat kita seandainya kita berhadapan dengan perkara seumpama ini.

Lokasi Bukit Bauk ni kalau kita dari Bandar Dungun, kita akan melepasi Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin lebih kurang 2 km. Kalau dari Paka, drive lebih kurang 20 minit kita akan berjumpa dengan signboard Hutan Simpan Bukit Bauk, jalannya banyak konar-konar gitu..

Menurut kawan aku ni, satu petang tu lebih kurang pukul 6.45 petang dah nak senja dah selepas balik dari kerja di Paka tu.. dia drive kereta Iswara menuju ke rumahnya di Bandar Dungun. So dalam perjalanan tu keadaan seperti biasa je lah sebab dia dah bertahun-tahun ulang alik dari Paka ke Dungun.

Bila nak sampai di kawasan Bukit Bauk yang banyak konar-konar tu, dia tak pulak rasa apa-apa yang menyeramkan pun walau dia banyak sangat dengar cerita orang dengan kisah-kisah seram di situ. Jadi dia drive lah seperti biasa…

Sampai dekat intro konar-konar tu, tetiba dia nampak seorang makcik sedang berjalan membelakangi camera. Membelakangi camera? Camana aku nak cakap eh..? alah makcik tu jalan ke depan lah dia drive dari arah belakang mak cik tu.

Mak cik tu berpaling ke belakang ke arah kereta dia.. mungkin sebab ada bunyi kereta nak melintas atau pun mak cik tu nak menumpang. So kawan aku ni pun slow la kereta dia, dan bila betul-betul berada di tepi mak cik tu, dia pun turunkan cermin kereta dia. Mak cik tu berhenti, so kawan aku offer lah kalau mak cik tu nak ke Bandar Dungun. Mak cik tu cakap orait.

So mak cik tu naik lah dan duduk di seat belakang. Maka kawan aku ni bertanya lah dari mana nak kemana sorang-sorang diri waktu-waktu senja, anak-anak mana tak reti ke nak ambik.. bertuah punya anak biarkan mak jalan sorangs-sorang.. tapi itu aku tambah jer lah kawan aku tak pun cakap cam tu.. he he he

Mak cik ni cakap dia tertinggal bas lompat-lompat dari Kemaman ke Dungun, hari-hari dia naik bas sebab dia kerja kat rumah orang di Paka tu, so kebetulan hari tu dia miss bas tu so terpaksalah dia jalan kaki jer.

“Rumoh makcik depang tu jer..”, mak cik ni bersuara..
“Ohh..”, kawan aku mengiakan jer lah

Kawan aku ni memerhatikan mak cik ni melalui cermin, dia nampak mak cik tu kelihatan seperti menahan sakit, sambil memejam matanya.. Kawan aku ni rasa lain macam pulak..

Aaaaaa.. tetiba kawan aku baru perasan, mana ada perumahan di kawasan Bukit Bauk tu!! Berdebar-debar kawan aku, dah lah time-time senja ni, Bukit Bauk pulak tu…

Kemudian dengan tidak semena-mena bau yang amat busuk mengurungi kereta kawan aku ni.. kawan aku ni cuba lah befikiran positif mungkin ada bangkai lembu ka atau kerbau kat tepi jalan tu, tapi.. baunya semakin kuat, macam bangkaiii..

“Mak cik biasa doh kawasang ni…..”, mak cik tu cakap. Kawan aku bertambah-tambah berdebar. Seriau abisss.. kalau aku pun meremang abis bulu-bulu yang ada ni..

Kawan aku ni sekali lagi tengok cermin dan lihat mak cik tu tersenyum sambil mempamirkan pagar giginya yang dah runtuh.. nampak seram jer mak cik ni, cerita kawan aku ni lah….

Kawan aku ni dah panik, memang dah terasa dia terkena pada malam tu. Dalam hati kawan aku ni kata memang senja tu dia bawak hantu dalam kereta dia.. So dia tekan minyak terus pecut meninggalkan kawasan tu tanpa memandang ke belakang lagi. Dalam dia ketakutan tu tiba-tiba terasa bahunya disentuh.. terperanjat gila kawan aku ni.

“Jangan laju sangat Awang..”, Makcik tu bersuara..

Sampai je dekat dengan kawasan rumah orang ada nampak cahaya lampu baru lah dia perlahankan keretanya. Giler tak pernah dia speed laju gitu di kawasan konar-konar tu.

“Sini doh lah..”, mak cik tu memberi arahan supaya kawan aku ni menurunkannya. Kawan aku angguk-angguk macam orang bodo. Dalam hatinya kalau boleh nak blah terus dari situ.

Kereta pun berhenti dan makcik tu pun keluar.. dan makcik tu pergi ke pintu kereta bahagian depan.

“Mintak maaf banyok awang, mok cik kettuk (kentut) tadi.. mok cik sakit perut sangat ….” jelas mak cik itu.

Kawan aku terus beredar meninggalkan mak cik yang penuh misteri ituu..

eddyra


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive