Sabtu, Ogos 15, 2009
Teori Teoh Beng Hock Bunuh Diri Dipertikai
Inkues Teoh Beng Hock hari ke sembilan.
Saksi ke 10 patologis kerajaan Dr Khairul Azman Ibrahim yang keterangannya tergendala tiga hari lalu apabila beliau mengadu tidak sihat menyambung keterangan hari ini dengan mengutarakan teori bunuh diri sebagai kemungkinan punca kematian Teoh Beng Hock.
Namun sebelum itu Dr.Khairul turut mengetengahkan teori kemalangan sebagai kemungkinan punca kematian tetapi memberitahu mahkamah ia lebih condong kearah bunuh diri.
Teori itu dipertikai Gobind Singh Deo, peguam yang mewakli keluarga mendiang Beng Hock kerana pandangan Dr. Khairul tidak disokong bukti.
Malah terdahulu Dr.Khairul memberitahu mahkamah tidak ada kesan DNA daripada pegawai SPRM atau pihak lain yang ditemui, sesuatu yang bercanggah dengan keterangan pakar DNA Dr.Seah Lay Hong.
Dr.Seah sebaliknya berkata DNA dua lelaki tidak dikenali dikesan di tali pinggang dan belakang jaket mendiang Beng Hock.
Dr.Khairul ialah Pakar Perunding Kanan Perubatan Jabatan Forensik Hospital Ampuan Rahimah Klang.
Gobind memulakan sesi soal balas dengan bertanyakan kepada saksi mengenai skop tugas Pakar Perunding Kanan Perubatan Jabatan Forensik.
Dan disusuli soalan adakah beliau tahu ketinggian dari tingkap yang disyaki mendiang Beng Hock jatuh dengan tempat mayatnya ditemui dan adakah ia penting untuk untuk membuat perkiraan kecederaan yang mungkin dialami mangsa?
Dr Khairul mengakui ia penting tetapi beliau berkata tidak mengukurnya.
Gobind kemudiannya bertanya adakah saksi mengukur jarak mayat ditemui dengan dinding yang menempatkan tingkap diukur, Dr. Khairul juga mengatakan tidak kerana tidak membawa alat pita pengukur.
Malah pakar forensik itu berkata, beliau turut tidak melakukan sebarang ukuran di antara kasut kiri mayat dengan anggota badannya apabila ditanya oleh Gobind.
Apabila ditanya oleh Gobind, adakah ia tidak penting, doktor itu berkata, beliau berpendapat kasut itu mungkin terpelanting ketika Beng Hock jatuh.
Gobind kemudiannya memberitahu Dr. Khairul tidakkah pihaknya mengukur sama ada kasut mangsa itu mengikut ukuran kakinya atau lebih besar, Dr Khairul menyatakan tidak mengukurnya.
Gobind kemudian memberitahu mahkamah sebagai pakar Dr. Khairul harus mengambil ukuran tersebut kerana ia penting untuk mengetahui bagaimana kasut itu boleh terpisah dari mayat.
Keadaan di mahkamah sedikit tegang dengan pertanyaan-pertanyaan Gobind yang ada ketikanya tidak dapat dijawab oleh saksi.
Dr. Khairul bagaimanapun cuba mengukuhkan hujahnya dengan membuat demo bagaimana mangsa mungkin membunuh diri tetapi sekali lagi Gobind memberitahu mahkamah, jika begitulah cara yang digunakan oleh mangsa ketika mahu membunuh diri, kesan jari mangsa pasti terdapat di tebing tingkap.
Dua pegawai polis dari unit forensik sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa tiada kesan cap jari mahupun tapak kasut yang dapat dikesan di tingkap berkenaan.
Gobind berkata, pihaknya menganggap teori Dr. Khairul telah dimusnahkan.
" Keterangan pada pagi ini, Dr Khairul bangkitkan beberapa teori dan salah satu teori itu Teoh terjun dan membawa kepada kematiannya tetapi tadi pemeriksaan balas, kepada saksi kami dapat menentang teori yang dibangkitkan beliau. Kami akan terus memajukan dengan teori kami sendiri bahawa Teoh Beng Hock tidak terjun atau membunuh diri. Ia satu kes yang jelas ada peristiwa lain di situ. dan kami nak tahu apakah peristiwa yang berlaku"
Gobind berkata pihaknya akan memastikan keadilan diberikan kepada keluarga mendiang Beng Hock.
" Kami juga tidak akan membenarkan barang apa jua keterangan yang penting melalui kami dengan begitu sahaja"
Inkues bersambung Isnin ini.
tva
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
Ogos
(396)
- Umno Bukan Pejuang Kemerdekaan Sebenarnya | pkfz
- Lim Cabar Koh Berdebat Dan Bukan Proksinya
- BN kalah dalam kalah di Permatang Pasir | pkfz
- Agenda politik tersirat di sebalik perarakan kepal...
- Lunas Mahu Radzhi Letak Jawatan | Nizar News
- TAZKIRAH RAMADHAN YB TAIB AZAMUDDIN
- Kalau UMNO, buat apa saja boleh?
- Persoalan kuil Seksyen 19 dan tindakan Pewaris | N...
- Ramadan, Merdeka Imbau Tugas Abdullah Di Baling
- ADUN Kota Seputeh serah kepada SPR
- Ahmad Said Nak Naik Ke Bulan | pkfz wohulu
- KOTA SEPUTEH MIMPI NGERI TERBARU UMNO BN
- SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA
- KEDAI MEE SEDAP PORT KAKI PONTENG POSA
- Perhimpunan Aman Tanpa Kepala Lembu | pkfz
- ADUN Pakatan Perak tetap hadir sidang DUN Rabu ini...
- Jadi gemuk kerana banyak hutang
- Kepala Lembu PAS? | pkfz
- Lelaki maut, isteri dan anak parah dirempuh treler
- Polis berkawal di Seksyen 23
- Debat, UMNO Negeri vs UMNO Cawangan? | Nizar news
- Kepala Lembu: Penerusan Agenda Utusan Malaysia | ...
- Kerajaan Selangor lahirkan rasa kecewa | Nizar News
- LAWAK AHAD : Debat Tambah Bini
- Harapan Rakyat Kepada Kerajaan Kedah
- Jemaah melimpah ke Stesen lrt Masjid jamek
- Pembantu ADUN nyaris dirogol
- Mufti perlu betulkan ajaran sesat di Shah Alam | pkfz
- Heret Kepala Lembu : Pakatan Rakyat Jumpa Polis
- Kepala Lembu Berdarah: Usaha Umno jatuhkan kerajaa...
- Mahasiswa desak Jamil Khir meletak jawatan | Nizar...
- Khalid: Umno dalangi demo heret kepala lembu | pkfz
- MCA Retak Menunggu Belah ?
- Bila pegawai SPRM perdagangkan laporan rasuah ...
- Pas tunggu kemenangan ke-8 | : pkfz
- LAWAK RINGAN-RINGAN UMNO
- ARAK DAN ARAK KEPALA LEMBU | pkfz
- BASUH JANGAN TAK BASUH | pkfz
- Rakyat makin jelak dengan dakyah,tipu helah Umno-B...
- PR belum terlintas pelawa Soi Lek | pkfz
- SPRM Paksa Saksi Beri Jawapan Dikehendaki - INKUES...
- Lintas Langsung Dari LUNAS | pkfz
- Temui ajal waktu berbuka
- Arak kepala lembu bantah pindah kuil
- Dilema Politik Dan Perut Rakyat | Nizar News
- SPRM: Pejabat Teoh Beng Hock Diserbu Tanpa Notis
- Kemenangan di Permatang Pasir petanda positif buat...
- Serangan terhadap PR tidak menjadi: Siew Fook | Ni...
- Amalan Pilihan Bulan Ramadhan
- Hari Bekerja Punca Undi PAS Merosot
- Isu minuman keras selesai: Dr Hasan
- KONVESYEN PIAGAM PAKATAN RAKYAT - ZAID
- Pecat Chua: Ong belum tentu tidur lena | pkfz
- KERAJAAN HILANG JUTAAN RINGGIT
- Tuduhan Muhyiddin mengarut! - Mustafa Ali | pkfz
- Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Ramadhan 1430...
- Pas Sudah Tunai Janji, Umno Bila Pula?
- KHAIRY KENCING ATAU DIKENCING? | Nizar News
- Jangan risau, kerajaan Kedah tak tumbang | pkfz
- Sidang Dun Perak: Bahas titah tuanku, gantung Zamb...
- 197 Orang Pelajar Sekolah Menengah Terengganu dita...
- Salleh Man ketuai majlis Islam P. Pinang | pkfz
- Hari bekerja punca majoriti berkurang | Nizar News
- DS ANWAR BERLEPAS KE JEDDAH
- Potong bekalan, pekerja TNB kena tetak
- Bola sepak Perak dibelenggu rasuah?
- Kes seks: MCA pecat Dr Chua
- Tiada ADUN Selangor lompat parti: Dr Hasan
- Sivakumar saman Setiausaha Kerajaan Negeri Perak |...
- PKFZ: Kemungkinan wujud konspirasi 5 pihak
- Sultan perkenan Radzhi gugur, Lim Soo Nee ganti
- Kartun Dalam Negeri (KDN)
- Yang Perlu Dipelajari Dari Permatang Pasir | Niza...
- Mahkamah putus Dr Hatta tidak bersalah, arah bayar...
- RAKYAT TAK NAK BN BUKAN TAK NAK PERUBAHAN | Nizar ...
- Perkembangan Inkues Teoh Beng Hock
- Keegoan BN tertimbus di Permatang Pasir - Mahfuz ...
- PERMATANG PASIR PILIH ANAK SALLEH (SOLEH) DARI ANA...
- BN kekal tewas di Semenanjung | Nizar News
- Mengapa Najib, Rosmah takut sangat dengan Zunar?
- DATUK SHAH RUKH TAK POSA PENUH RUPANYA
- Lebih Lima Ribu Rakyat Rai Kemenangan Salleh | Niz...
- Mayat lelaki bercoli dalam kolam
- Kalau Bagi 'Emas ' Pun Orang Tak Mau Nak Bagi Apa ...
- Pemuda Umno pertama langgar peraturan SPR
- KEPUTUSAN RASMI PRK PERMATANG PASIR - PAS MENANG
- UMNO BN DIJANGKA KALAH BESAQ | Nizar News
- KEPUTUSAN TERKINI PRK PERMATANG PASIR - 7.40 PTG
- KEPUTUSAN TERKINI PRK PERMATANG PASIR - 6.00 PTG
- FRU PUN TAKUT DENGAN H1N1 JUGAK EK? | Nizar News
- BN sangka Pakatan Rakyat jahat seperti mereka | Ni...
- LAPORAN TERKINI PRK PERMATANG PASIR
- Anwar Yakin Calon Pakatan Menang | Nizar News
- Sekat kuasa SPRM: Pekeliling kerajaan Selangor dic...
- P.PASIR: APA KATA CALON BN DAN PAS | Nizar News
- Seruan dan Rayuan pimpinan Pakatan Rakyat | Nizar ...
- 64 Peratus Setuju PAS Akan Menang | Nizar News
- Surat misteri: Inkues Teoh Beng Hock tegang Gobind...
- TAK JADI SEBAT DI BULAN PUASA
- Biar majoriti tak kurang 5 ribu | Nizar News
-
▼
Ogos
(396)
Itu memang dah adat, kerja peguam menimbulkan tanda tanya sebanyak mungkin dan sebagai peguambela pula untuk menimbulkan keraguan, walaupun sedikit sudah cukup untuk terlepas dari kesalahan. Dan sebagai ahli politik pula untuk menuding jari pada orang lain!!
BalasPadamYang ditanya itu patologis, bukannya pegawai penyiasat. Kerja yang ditanya itu sepatutnya dibuat oleh pihak polis bukan patologist, lebih lebih lagi dia sebagai pakar perunding, bukan jenis bawa pita pengukur ke hulu ke hilir macam site supervisor!!
Sama ada kenyataanya dengan pakar DNA bercanggah atau tidak, tidak releven, kerana masing masing dengan kerja dan bidang masing masing, takanlah pegawai penyiasat pula nak bedah mayat, pegawai penyiasat juga nak kesan cap jari, pegawai penyiasat juga nak buat DNA, tapi pegawai penyiasat wajarlah tahu semua itu hasil dari kajian dan lapuran para pakar disetiap bidang mereka. Begitu juga nak tanya isi kandung perut aduan pada pakar DNA sama ada ada dadah atau ada racun atau arak..tentu tak kena dan dia pun tak ambik tahu, kerana itu kerja pegawai penyiasat yang berurusan dengan pakar kimia. Mana ada pakar pada semua bidang, pakar pada bidang masing masing adalah..kecuali pakar kelentong anu war al juburi, dia jenis serba boleh tak kira depan atau belakang !!!!
Inquest ini bertujuan untuk mencari sebab kepada kematian mengejut itu, hasil inquest itu kelak akan menentukan sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak, makanya bukti bukti yang asing dan terpisah pisah itu dibawa depan majistrate untuk disatukan dan dibuat penilaian dari berbagai bagai sudut yang berkemungkinan. Hingga ke hari ini kes ini masih terbuka kepada semua teori, bunuh diri, dibunuh, terbunuh (tak sengajalah tu- culpable homicide not amounting to murder), yang pasti Kerajaan BA Selangor dah derma 20,000 ringgit untuk tanam Teoh Beng Huat- maksudnya confirmed dah mati!!!
Quote:Dua pegawai polis dari unit forensik sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa tiada kesan cap jari mahupun tapak kasut yang dapat dikesan di tingkap berkenaan.
Kita kena faham bahawa bukan semua pengesanan mesti berjaya. Kadang kala ada kesan..kesan cap jari, kesan jer..kadang kadang kabur, tak sempurna, tak jelas, atau sudah terusik (rosak) hingga tidak menghasilkan pengecaman positif.
Kalau kita nak loyar buruk pada dua polis forensik pun boleh gak kita menyergah, takkan tak ada kesan cap jari? kesan kasut? habis siapa pasang tingkap tu? orang tak ada tangan? atau dia tak pakai kasut atau dia tak ada kaki??
kah kah kah.. itu loyar buruk jadi kalau kita dah faham..tentu mudah kita tahu..kesan ada tapi tiada yang positif yang boelh dibuat bukti.
Kalau cap jari tak ada ditingkap, tidak bermakna dia tidak boleh terjun, mestikah dia pegang tingkap? atau dia boleh terjun dengan cara duduk di palang tingkap dan melepaskan dirinya ke bawah tanpa perlu memegang tingkap? Atau dia pegang dan melepaskan perlahan lahan (secara telurut)..tentu cap jari itu rosak atau cacat- tidak sempurna- maka dikatakan tak dapat dikesan, bukan bermakna tak ada kesan langsung, ada tapi tak positif kira tak adalah tu!
Alamak panjangnya ..panjang lg kalau nak bahas, pasal banyak orang tak faham, maka jadilah salah faham..huhuhu ..pi tuduh SPRM tak pasal pasal .. abis kalau dah tak ada bukti takkan nak main tuduh jer... tak puas hati gak?? Pilah tanya Teoh Beng Hock sendiri!!
Sebenarnya aku nak cakap pasal pakar patologi dengan si Gobind.
BalasPadamNak tahu ada ukur tak ukur, berapa inci dan berapa hun antara hujung ibu jari kaki ke tumit kasut yang tercampak itu, pi lah tanya Pegawai Penyiasat.
Jenis pakar ni ada kalanya, tak perlu pun maklumat banyak, cakap jer jatuh bangunan, kadang kala dia boleh bagi tahu jangka ketinggiannya, selalunya dengan pakar kita cuma minta pengesahan sahaja, contohnya, kita bagi sekian sekian kecederaannya dengan sekian sekian ketinggiannya, patut atau tidak, dia cuma jawab patut atau tak patut kerana teorinya dah ada dalam poket - itulah namanya pakar dan keterangan Pakar tidak boleh dicabar dlm mahkamah, Gobin nak cabar?? dia pakar apa?? Pakar tuduh tanpa bukti sepusat sepusing macam Raja Petra. Lagi satu, menentukan masa kematian Teoh, siapa yang tahu bila, tapi pakar boleh buat andaian berdasarkan teori dan analisis tapi taklah setepat jam berapa, minit ke berapa dan berapa pula saatnya!!! Ada sesiapa pernah cabar?? Dia buat andaian berdasarkan teori, bukan berpandukan cakap Tan kawan si Teoh!
Keterangan pakar tidak boleh dicabar kecuali dakyah pakar kelentong si punaisihat keadilan- yang mengaku depan orang asli di Rembau tak ada amik apa apa, seinci tanah pun idak ( tapi tok batin bagi petai sebeban, dia sapu gak malam tu depan orang ramai).. tapi berapa juta saham IOI kasi kat bapak?? Mai baca kat blog aku ...
Dr. Khairul bagaimanapun cuba mengukuhkan hujahnya dengan membuat demo bagaimana mangsa mungkin membunuh diri tetapi sekali lagi Gobind memberitahu mahkamah, jika begitulah cara yang digunakan oleh mangsa ketika mahu membunuh diri, kesan jari mangsa pasti terdapat di tebing tingkap.
BalasPadambetul ke si dr khairul ni?
kenapa teori dia mcm nak bagitau yg teoh tanpa berfikir panjang terus terjun dari tingkap tu?
sedangkan penerjun bungy pun berasa teragak2 untuk terjun walaupun ada alat khas utk menyokong kaki mereka.
kes-kes bunuh diri lain pun sama, org yg nak bunuh diri tu ambil masa utk terjun walaupun fikiran mereka waktu tu celaru dan ada sakit mental.
didalam kes ni, tempat yg "dikatakan" teoh terjun untuk bunuh diri adalah tingkap yang berkaca, dan tidakah teoh perlu berdiri atau duduk dibahagian pada tingkap tersebut dan memikirkan kematian yang akan beliau hadapi?
sekalipun beliau ingin membunuh diri, ia akan mengambil masa yang panjang sambil tangan2 beliau memegang struktur2 yang ada pada tingkap tersebut sebagai sokongan badan beliau. didalam situasi ini, cap jari beliau akan berada di serata tempat terutamanya permukaan kaca tingkap tersebut. perlu difikirkan jarak mayat beliau berada dengan dinding bangunan tersebut.
perlu dilakukan demonstrasi mengunakan satu model yang sama berat dengan mendiang teoh untuk mengetahui sama ada benar atau tidak mendiang terjun untuk bunuh diri atau mendiang dicampak dari atas ketika beliau tidak sedarkan diri.
kebarangkalian sekiranya jarak dinding bangunan dan mayat mendiang amat jauh, ia membawa makna mendiang dicampak dari tempat yang terbuka dan luas dimana memerlukan sekurang2nya dua orang melambungkan mayat teoh agar mendiang jatuh seakan2 beliau membunuh diri.
Dr pornthip sez.....
BalasPadam