"Salam..
Dalam kebosanan petang tadi,saya melayari beberapa web universiti di Malaysia. Saya terview pulak web KUIN(Insaniah).Kolej ini terletak di Alor Setar,Kedah dan ditadbir oleh kerajaan negeri Kedah.
Saya melihat sedikit kelainan dalam subjek-subjek yang diajar dalam setiap semester di KUIN ini.Saya kira eloklah kita berkongsi sedikit informasi yang bagi saya amat berguna ini..
Jom kita tengok..Saya mengambil contoh Fakulti Kejuruteraan,Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan(Elektronik)
Kalau kita teliti subjek dalam semester-semester jurusan ini,kita tengok ada subjek-subjek elektif seperti Bahasa Arab,Tajwid,Pengajian Al-Quran. Saya merasa terharu/gembira kerana KUIN memperkenalkan sistem pembelajaran yang menitikberatkan dunia dan akhirat.
Bagi saya,adalah begitu penting mahasiswa ini diajar supaya membaca Al Quran dengan tajwid dan makhraj yang betul mengikut apa yang di sampaikan oleh Rasulullah SAW.Dengan membaca Al Quran dengan betul maka solat kita juga sempurna,dan seterusnya solat akan mencegah kemungkaran. Secara tidak langsung maksiat di Malaysia akan dapat dikurangkan!.
“Bacalah apa yang Telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan Dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. dan Sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Ankabut (29): 45)
Seterusnya kita lihat pula subjek-subjek dalam fakulti dan jurusan yang sama,tapi di Universiti Kebangsaan Malaysia...
Tidak ada satu semester pun mengajar tentang islam atau sekurang-kurangnya ilmu tajwid.! Bagaimana Malaysia akan menglahirkan individu yang takutkanlah,cemerlang dunia dan akhirat apabila aspek rohani,agama tidak dititikberatkan dalam pembelajaran mahasiswa di UKM?
Dari kelalaian sistem pendidikan inilah sedar atau tidak,Malaysia telah melahirkan profesional yang berkaliber tetapi lupakan Allah. Tidak perlu kita hairan kalau ada yang mengambil rasuah,minum arak di majlis perkahwinan ataupun tertidur di kasino.!
Memang betul,tidak semua mahasiswa UKM jahat,dan tidak semua mahasiswa UKM atau IPTA lain baik,tapi sekurang-kurangnya kita berharap kerajaan dapat mengambil inisiatif untuk melakukan perubahan dalam sistem pendidikan di negara kita,supaya IPTA dan IPTS negara kita dapat melahirkan golongan profesional yang pintar tapi hatinya sentiasa takutkan Allah.
Semoga golongan pendidik dan golongan pentadbir Malaysia dapat mengeluarkan sebuah idea dan pembaharuan agar sistem pendidikan kita lebih berdaya maju tetapi dalam waktu yang sama tidak meninggalkan ilmu-ilmu yang mengingatkan kita kepada hari akhirat.
Sebagai penutup,tulisan saya ini bukanlah bermaksud untuk menghina atau menguris hati penuntut-penuntut UKM,tapi sebuah mesej hendak disampaikan kepada orang yang mempunyai kuasa..
Nota:Kritikan dan saran amatlah dialu-alukan untuk artikel ini..:)
Saya menulis di http://afe87.blogspot.com/
saya sekadar nak tau saja, adakah nabi kita muhammed mengajar kita tentang tajwid dan makhraj?. saya minta tuan kemukakan bukti yang nabi ada berbuat begitu. setahu saya tidak ada hadis yang menyebut bahawa nabi seorang guru tajwid. sila tuan ulas perkara ini. tajwid ini bermula semasa othman. sebelum itu nabi melarang sama sekali ahli2 lagu diketika itu menyentuh (guna) ayat al-quran untuk dilagukan (ditajwidkan). ikuti wahyu Allah, bahawa al-quran ini bukan lagu, tapi ia petunjuk. wassalam
BalasPadamkepada tanpa nama....
BalasPadamaku ni nk kate ilmu agama tinggi tuh xde la...tp ade la lg...ape ke bengap sgt ko ni kata tajwid tuh x penting...nk tau x perbezaan bacaan dgn tajwid atau tanpa tajwid tuh???bile kite baca al quran...panjang pendek...sabdu ke apa ade maksud die...kalo spttnya ko baca 5 harkat ka...berdengung ka..tp ko xbuat maksud ayat tuh bole jadi lain...secara otomatik ko baca alquran tuh salah dan ko dh mengubah maksud alquran tuh sendiri....2 pon xbole pikiq ka???lagu dgn tajwid tuh lain bai...kite ni yg mmg xtau bhs arab perlu la sume tuh
salam..yer..betul ckp awak 2..kepada tanpa nama, nak berckp biar pakai ilmu..jgn men pakai logik akal semata-mata..menteleweng fikiran sendiri dan orang len nanti
BalasPadamyang ada di sekeliling Nabi pun orang arab, buat hape nak ajor tajwid dsb sebab memang al-Quran dalam bahasa arab...
BalasPadamdah kita melayu nie nak menghayati al-Quran, kenalah belajo nahu nyer, tajwid nyer dsb..jangan main redah ajo...kalau tajwid pun maleh belajo, usah bicara pasal al-Quran...sebut betui2 wo...
mau pikir panjang sikit la "tanpa nama"...bahasa melayu pun ada nahu dan disiplinnya..inikan pulak bahasa syurga..
Assalamualaikum..
BalasPadamSaya amat setuju dengan pendapat @Local Fighter.. Saya pelajar tahun akhir Universiti Teknikal Malaysia Melaka "UTeM" dalam bidang kejuruteraan juga. Selain terikat dengan MQA.. Universiti-Universiti yang menawarkan kursus kejuruteraan di Malaysia ini terikat dengan standard BOE "Board Of Engineers" Yang merupakan badan induk yang mengiktiraf mana-mana ipt yang mengikut standard piawaaian badan induk ini. Selama saya belajar di UTeM... Boleh dikatakan setiap tahun mata pelajaran akan bertukar kerana ingin mendapat pengiktirafan dari badan induk ini.. Saya melihat tempoh pembelajaran dalam bidang kejuruteraan di KUIN terlalu singkat hanya 3 tahun.. Sedangkan kebanyakan IPT di Malaysia ini dalam bidang kejuruteraan ialah 4 tahun. Jadi pada tahun pertama kami didedahkan dengan ilmu-ilmu Islam sebelum masuk tahun yang berikutnya yang lebih mengjerumus kepada industri.. Wassalam..
salam semua, semoga kita di dalam taufiq n hidayahnya... aku nie banyak jahil tpi aku tertarik pada salah satu komen....suruh almuzammil ayat 4 maksut bacalah al-quran dgan baccan tartil( bertajwid). nabi kita baca dia sebut satu2 huruh dan kena pada makhrajnya saudara rujuk kitab ahkam at-tajwid wa fadoilu al-quran didalam kitab nie dia menerangkan secara teperinci tentang tajwid, ketika quran diturunkan malaikat jibri mngajar nabi baca dengan sempurna(tajwid n mkhraj huruf srta pengerangan tntg sesuatu ayat)... aku xmau la tulis dlim nie pnjg sangat.. saudara org islam wajib mendalami agama baru bercakap tntg agama... jangan kita sndri yg merosakkan islam dengan sbb kita jahil....nabi adalah guru dan alquran adalah buku kita yaknie panduan bgi org islam... pada zaman khalifah othman r.a quran di bukukan seperti mana pada ari in sbbnya bnyak hafiz2 quran mati... jngan salah faham ttng quran... allah berfirman maksudnya.. Tanyalah kepada orang yg tahu sekiranya kamu tidak tahu... penagjian di kuin 4 tahun di iktiraf MQA bagi ijazah bukanya 3 tahun harus di perbtulkan.. aku tahu la ramai sahabat2 aku blajar di sana...jika salah aku minta maaf. swmoga kita tergolong dlm kalangan org yg beriman.wassalam
BalasPadambaca a-quran dengan bertajwid tapi faham ke apa yang dibaca?.mana lebih penting, baca bertajwid ke atau baca dengan kefahaman
BalasPadambaca al-quran dengan bertajiwid adalah wajib bgi, jika xbaca dengan tajwid maka batal lah solat... jika tak tau @ ang jahil agama jangan tunjuk pandai tanya org yg tahu dlam suruh al anbiyak ayat 7 maksudnya " dan tanyalah org yg tahu jika kamu x tahu' jelas.. jika dalam solat bacaan fatiha tidak btul pada tajwid dan makrakhnya maka batal lah solat... quran di turunkan dlam bahasa arab.. sabat itulah kena mengaji tafsir @ bahasa arab.... dua2 pntg.. pesanan aku sekali lagi.... belajar agama.. jangan jadi jahil(bodoh)... jangan kita org islam yg merosakkan agama sendri... BELAJAR jangan buat pandai2 dalam urusan agama .. bukan niat aku nk tunjuk pandai tpi untuk merangkan kpada org islam2 yg jahil yg dan buat2 pandai tpi xtau apa2 pun
BalasPadam