Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mac 25, 2010

SPRM Lebih Berkuasa Daripada Polis?

Oleh Faizal Ezzany


KUALA LUMPUR 24 Mac - Adakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dimaksudkan sebagai 'pihak ketiga' seperti mana yang didakwa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berhubung campur tangan pihak tertentu dalam urusan polis di negara ini.
Persoalan tersebut dilontarkan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo semasa sesi bahas titah Yang DiPertuan Agong berdasarkan banyak aduan yang diterima menunjukkan penyalahgunaan kuasa yang telah dilakukan oleh SPRM dalam membuat siasatan.
"Saya ingin bertanya siapakah yang lebih berkuasa, SPRM atau Polis? Siapa yang lebih berkuasa, SPRM atau Kementerian Dalam Negeri? Adakah ini yang dikatakan campur pihak ketiga seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara bahawa wujud pihak ketiga?
"Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian Dalam Negeri dengan kenyataan tersebut kerana sehingga sekarang pihak KDN belum membuat kenyataan apa-apa hanya ulasan Datuk Seri Hishammuddin Hussien yang mengatakan tidak tahu kenyataan tersebut," kata Gobind.
Beliau menjelaskan terdapat banyak aduan telah di buat terhadap SPRM dan beberapa kesalahan SPRM yang bersifatkan kejam semasa membuat siasatan yang menjurus kepada penyalahgunaan kuasa mereka.
"Ada anggota polis menyatakan mereka telah diberi tekanan oleh pihak SPRM. Ada pegawai polis yang ditahan atas alasan rasuah dan di bawa ke pejabat SPRM tetapi menggunakan kekerasan dan diberi amaran agar tidak mencampuri kerja-kerja yang mereka lakukan.
"Saya ini mendapat jawapan dari KDN kenapa tindakan tidak diambil selepas laporan dibuat terhadap SPRM. Ini bukan sebagai satu perkara yang di bangkit tanpa asas, kita mempunyai bukti kukuh terhadap kenyataan tersebut," Sambungnya lagi.
Beliau menyatakan kekerasan yang telah dilakukan oleh SPRM dan juga laporan polis yang dibuat tidak pernah ada tindakan diambil oleh pihak berkuasa.
"Banyak laporan polis dibuat tetapi tiada tindakan diambil, persoalan siapa yang berkuasa. SPRM telah menyalahguna kuasa mereka dengan menggunakan kekasaran dalam mengambil kenyataan, kenapa takut mengambil tindakan?
"Pada 16 Jun 2008 laporan polis telah dibuat terhadap pegawai SPRM yang mana, pengadu telah di tahan oleh pegawai SPRM dan di bawa ke pejabat SPRM, pengadu telah di bogelkan, dirantai lehernya dan ditarik sehingga beliau terjatuh dalam masa yang sama pegawai terbabit telah memijak leher pengadu. Laporan polis 11 September 2008 juga mengatakan pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) sekarang SPRM telah menampar mukanya selain matanya ditutup, pengadu telah dipukul sehingga pengsan.
"Adakah Ketua Polis Negara juga di siasat oleh SPRM dan menerima tekanan yang sama sehingga kenyataan terpaksa mengeluarkan kenyataan ada campurtangan pihak ketiga. Adakah SPRM telah mengeluarkan amaran kepada pihak polis agar tidak mengganggu urusan yang mereka lakukan sehingga tidak ada satu pun tindakan diambil terhadap aduan yang telah dilakukan," tegas beliau.
suara-keadilan






KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive