Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mac 22, 2010

Man U menang tipis


PARK JI-SUNG (kiri) menjaringkan gol kemenangan United sambil cuba dihalang pertahanan Liverpool, Glen Johnson pada aksi di Old Trafford malam tadi. United menang 2-1.

MANCHESTER – Liverpool tersungkur di Old Trafford semalam tetapi masih mempertahankan reputasi cemerlang mereka ke atas Manchester United.

Dalam lima pertemuan terakhir mereka sebelum ini, Liverpool menang empat kali dan semalam merupakan kekalahan kedua tentera The Reds itu kepada United.

Kemenangan 2-1 skuad bimbingan Alex Ferguson itu diperoleh menerusi jaringan Wayne Rooney dan Park Ji-sung sekali gus merampas tangga teratas Liga Perdana England daripada Arsenal.

United kini mengumpul 69 mata selepas 31 perlawanan, mengatasi pendahulu sebelum ini, Arsenal yang turun ke tangga kedua dengan 67 mata.

Chelsea pula menduduki tangga ketiga dengan 64 mata tetapi mereka boleh memintas kedudukan Arsenal jika berjaya menewaskan Blackburn pada perlawanan awal pagi tadi.

Pada aksi di Old Trafford malam tadi, Liverpool terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Fernando Torres yang mudah menanduk masuk bola hantaran Dirk Kuyt pada minit kelima.

Namun kelebihan Liverpool itu hanya bertahan selama tujuh minit setelah Javier Mascherano menjatuhkan pemain sayap United, Antonio Valencia di dalam kotak penalti.

Biarpun sepakan penalti yang diambil Rooney berjaya diselamatkan penjaga gol Liverpool, Pepe Reina, namun penyerang England itu pantas menolak masuk bola muntah tersebut untuk gol penyamaan United pada minit ke-12.

Ia merupakan gol ke-33 Rooney musim ini.

Gol kemenangan United diperoleh pada minit ke-60 setelah Ji-sung melayangkan badannya untuk menanduk hantaran Darren Fletcher dari sebelah kanan, sekali gus memberikan tiga mata berharga buat United. – Reuters

kosmo





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive