Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mac 27, 2010

Zahrain mahu saman Guan Eng


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohamed Hashim akan memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Zahrain berkata, beliau menerusi peguamnya akan mengemukakan notis saman tersebut kepada Guan Eng di pejabat Ketua Menteri itu di Pulau Pinang, hari ini.

“Setelah berbincang dengan peguam, saya dapati ada kes dan saya akan mengarahkan peguam saya mengemukakan surat permintaan kepada Guan Eng dan selepas itu kita akan tengok bagaimana respons beliau,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Sebelum ini, Guan Eng dilaporkan membuat kenyataan bahawa Zahrain keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana gagal mendapatkan kelulusan tender bernilai RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort di Pulau Pinang menerusi sebuah syarikat RM2.

Zahrain berkata, beliau juga akan mengambil tindakan sama terhadap Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, jika didapati memfitnah dengan mengatakan beliau menggunakan projek golf untuk membayar hutang bernilai RM1.8 juta.

“Ini satu pembohongan dan fitnah, jadi saya akan serahkan pada peguam untuk kaji kes dan kalau ada kes saya juga akan ambil tindakan mahkamah ke atas Saifuddin.

"Tindakan ini terpaksa diambil memandangkan kini fitnah dan pembohongan sudah menjadi lumrah dan jika dibiarkan, akan merosakkan negara dan akidah masyarakat," katanya. - Bernama




KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive