Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mac 26, 2010

Jerteh Souq - Pojek ‘Haram’ Idris?



-Tidak pernah ada kertas Exco Yang meluluskan ?

Jerteh, BESUT - Yang Dipertua Majlis Daerah Besut (MDB), Wan Mustafa Wan Hasan baru-baru ini menafikan pembinaan pasar Jerteh atau J erteh Souq terbengkalai.
Namun sebaliknya, beliau mengakui ia adalah “satu lagi projek pembinaan ‘kerjaan Barisan Nasional’ yang tidak ikut spesifikasi.
Wan Mustafa berkata projek Jertih Souq Pakej A bernilai RM22 juta dimulakan pembinaan pada 6 Mei 2007 dan sepatutnya siap 27 Disember tahun lalu terpaksa dihentikan atas nasihat Jabatan Kerja Raja (JKR) berikutan kerja pembinaan oleh kontraktor tidak mengikut spesifikasi.

“Kelewatan pembinaan projek itu yang dikenal pasti antaranya kerja perubahan reka bentuk bumbung oleh kontraktor dibuat tanpa mendapat kelulusan perunding sivil dan struktur.


Sehubungan itu, seorang wartawan veteran yang juga penulis kepada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said telah meletakkan lima persoalan terhadap isu pembinaan Jerteh Souq didalam blognya.


Pertama, adakah ia projek runding terus menggunakan wang ehsan?

Kedua, kenapa tiada kertas kelulusan mesyuarat Exco mengenainya?

Ketiga, benarkah Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika projek ini dilancar atau mula dilaksanakan ‘tidak tahu’ mengenainya?

Keempat, siapa melantik kontraktor untuk projek yang boleh dianggap ‘mega’ untuk Daerah Besut ini?

Kelima, benarkah kerajaan negeri membekukan peruntukan untuk menyiapkan projek ini?

Sekiranya soalan yang kedua benar, maka Jerteh Souq merupakan satu lagi ‘projek haram’ bekas Mnteri Besar, Dato’ Ser Idris Jusoh.

Walaupun setelah agak lama, serba sedikit pasti berkait dengan arikel Jerteh Souq RM70 juta Terbengkalai yang pernah diterbitkan oleh Buletinonline sebelum ini. (Video Klip Terdapat dibawah artikel tersebut)

buletinonline





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive