Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mac 31, 2010

Sidang DUN Perak Seperti Perhimpunan Polis



Oleh Faizal Ezzany

IPOH 30 Mac - Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak ke duabelas bagi penggal ketiga hari ini yang sepatutnya berjalan dengan lancar telah dicemari dengan kehadiran pihak polis yang telah menguasai perkarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan dan juga Dewan Negeri.
Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dalam sidang medianya kesal dengan tindakan kasar yang telah dilakukan oleh Umno-Barisan Nasional.
"Saya ingin katakan bahawa seolah-olah kami baru balik dari perhimpunan Polis DiRaja Malaysia apabila kami melihat bilangan anggota polis melebihi Ahli Dewan Undangan Negeri.
"Hari ini kami melihat kedua-dua galeri awam dipenuhi oleh mereka yang tidak dikenali yang kemungkinan besar mereka adalah anggota polis. Kalau di luar kita lihat ramai anggota telah ditempatkan.
"Apabila masuk ke dalam perkarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan tadi kami telah dihalang oleh polis yang tidak membenarkan ADUN Pakatan Rakyat memasuki kawasan tersebut. Selain itu juga kami telah dihalang memasuki Dewan, lebih kurang 20 minit menunggu baru kami dibenarkan masuk. Kami kesal kerana pintu utama E hanya untuk BN sahaja manakala ADUN Pakatan perlu menggunakan laluan lain yang telah diletakkan mesin pengimbas.
"Tidak ada dalam sejarah di Malaysia ini ADUN dihalang untuk bergerak bebas, semua pergerakan dipantau, diambil gambar seolah-olah kami ini umpama penganas," jelas Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang.
Beliau juga menegaskan bantahan yang dikemukakan oleh ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham yang membantah kehadiran polis di dalam Dewan telah ditolak.
"Kami telah membantah dengan tindakkan kehadiran pihak polis yang ramai di dalam Dewan tetapi ditolak oleh Speaker haram. Nampaknya BN telah memperalatkan agensi kerajaan seperti polis untuk kepentingan mereka.
"Kita telah hadir ke Dewan yang mulia ini dengan aman dan ini tujuan sebenar kita memanggil Menteri Besar haram itu hadir mesyuarat untuk berbincang tentang penjalanan persidangan kali ini agar lebih teratur. Niat kita bukannya nak buat kacau tetapi Umno-BN yang telah memulakan situasi tersebut dengan menggunakan polis untuk halang kami.
"Saya telah menerima satu SMS yang memberi amaran jika berlaku kekecohan kami akan ditangkap. Ini menunjukkan kami tidak berada dalam keadaan bebas. Tindakan Umno-BN ini telah mencemari Dewan yang mulia dan juga telah melanggar demokrasi di negeri Perak.
"Umno-BN jelas menggunakan apa jua yang ada demi kepentingan mereka dan mereka tidak kisah jika itu telah melanggar hak asasi perlembagaan," tegasnya lagi.
Speaker Dewan Negeri Perak V.Sivakumar juga kesal dengan tindakan Umno-BN menggunakan anggota polis untuk mengekang kebebasan media membuat liputan sidang DUN.
"Inilah kerja jahat Umno-BN mereka bukan sahaja menggunakan polis dari menghalang kami memasuki Dewan tetapi telah menghalang media memasuki Dewan dan ini jelas sikap mereka yang telah menghalang kebebasan media. Mereka sepatutnya membenarkan media masuk ke Dewan kerana titah ucapan Sultan sangat penting dan rakyat perlu tahu tetapi mereka menafikan hak media.
"Saya juga bersetuju bahawa Perak sekarang sudah manjadi negeri polis di bawah kepimpinan kerajaan BN yang haram," jelas Sivakumar.
Ngeh juga membidas sikap berat sebelah pihak polis menghalang ADUN Pakatan Rakyat daripada menghadiri sidang Dewan pada hari ini.
"Saya ingin tegaskan pihak polis tidak boleh menghalang ADUN memasuki Dewan kerana itu bukan hak dan bidang kuasa polis. Pada masa sekarang pihak polis menghalang kita dari memasuki Dewan mungkin satu masa pihak polis yang membuat arahan soalan apa yang boleh ditanya, tak mustahil tindakan polis menghalang ADUN
Pakatan memasuki Dewan jika BN ingin memdapat undi untuk sesuatu persetujuan, ini yang kita risau sekarang.
"Saya cabar Zambry esok jangan benarkan pihak polis memenuhi Dewan dan jika ini berlaku kita akan mengambil tindakan dan membuat laporan polis ke atas tindakan Zambry memperalat pihak polis untuk kepentingan mereka," tegas Ngeh.
Sidang DUN pada hari ini telah ditangguh sehingga pukul 10 pagi esok tanpa diberitahu berapa lama ia akan berlangsung.
Permohonan Pakatan Rakyat agar sidang itu diadakan selama lima hari telah ditolak tanpa sebarang alasan.
Beberapa kekecohan telah berlaku sewaktu ADUN Pakatan Rakyat berjalan ke Wisma DAP yang mana penyokong Umno telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada ADUN Pakatan seperti "pergi berambus" serta "tidak sedar diri".
suara-keadilan





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive