Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mac 22, 2010

PKR Nafi Umum Kedudukan Kerusi Parlimen Hulu Selangor Jumaat Ini



KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail Isnin menafikan bahawa penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan kedudukan kerusi Parlimen Hulu Selangor, Jumaat ini.

Beliau berkata program pada hari itu ialah 'Program Selamatkan Malaysia' di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor yang akan dihadiri oleh Anwar dan beberapa pemimpin tertinggi parti itu.

Saifuddin Nasution berkata anggota Parlimen Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad mengambil cuti sakit ketika ini.

"Saya ada berkomunikasi dengan pegawai khas dia (Zainal Abidin), dia ok, stabil. Pejabat Dewan (Rakyat) juga telah dimaklumkan mengenai dengan keuzurannya dan pegawainya sudah hantar surat cuti beliau pada minggu lepas," katanya.

-- BERNAMA





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive