Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mac 26, 2010

"Kalau 10 perkara Zul Nordin cakap, 30 yang saya tak percaya"



Oleh IZWAN ABDUL HALIM

BANDAR BAHARU: Yang DiPertua PAS Kawasan Kulim/Bandar Baharu, Ustaz Hassan Razak menyifatkan Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebagai seorang pembohong dan tidak mempunyai hasrat untuk mendampingi rakyat.

"Bila saya baca dalam blognya, saya dapati dia banyak berbohong. Boleh saya sifatkan kalau 10 perkara yang dia cakap, 30 yang saya tidak percaya,” tempelaknya.

Ujar beliau, Zulkifli dalam blognya mengaku melawat ke tempat-tempat tertentu dalam kawasan parlimen itu tetapi sebenarnya beliau tidak berbuat demikian.

Malah, ahli parlimen itu katanya, tidak pernah menjawab panggilan telefon setiap kali dihubungi.

Beliau juga mendedahkan sikap dolak dalih Zulkifli yang sering menunjukkan sikap tidak berminat untuk mendampingi rakyat mahupun menjelaskan perjuangan Pakatan Rakyat kepada masyarakat.

Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Zulkifli Noordin digesa mengosongkan segera kerusi itu dan mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih semula wakil rakyat yang akan berkhidmat untuk mereka.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan himpunan aman bersama-sama 150 pendokong PAS dan KeADILan dalam kawasan parlimen tersebut di Pejabat PAS Kawasan Kulim/Bandar Baharu, Serdang, di sini 20 Mac lalu.

detikdaily






4 ulasan:

  1. hang tak caya sudah, biaqpi kat hang tapi aku percaya ngan si zul ini, beliau adalah seorng WALI & perjuang islam yg terunggul abad ini..lihatlah betapa mulianya beliau yg ingin mohon ampun pada najib & rosmah...kuang--kuang--kuang, cuma beliau tak sempat minta ampun kat HAKIM HACKS

    BalasPadam
  2. "Beliau juga mendedahkan sikap dolak dalih Zulkifli yang sering menunjukkan sikap tidak berminat untuk mendampingi rakyat mahupun menjelaskan perjuangan Pakatan Rakyat kepada masyarakat."

    inilah contoh orang yang berpura2, kalau dah tau perangai zul ni macam tu awat dulu tak heboh kat orang..lani zul dah tak jadi geng baru nak cerita yang buruk2..
    dulu simpan ok ja...
    perangai busuk macam celaka...
    patut dulu lagi desak dia letak jawatan, ni lani baru nak suruh sebab dah tak sehaluan..adakah mentaliti ahli pakatan haram "kalau dia geng aku, buat salah pun takpa, tapi kalau dia dah bukan gang aku wat baik pun kena kata dia buat salah jugak"
    main bangsat punya orang...

    BalasPadam
  3. Ni sorang lagi Ustaz dari PAS yg kerja dia cuci tahi orang...

    Memang betul, bila Zul bersama mereka, semua yg Zul buat baik...Bila , Zul dah tak bersama mereka, semua jadi busuk..

    bagi si ustaz kucing ni, apa apa yg keluar dari orang mereka adalah benar. Mereka adalah orang yg benar/ Mereka ahli syurga....Semua yg Anwar Ibrahim cakap adalah benar belaka...Yg kerajaan atau BN tau UMNO atau wakil Bebas yang cakap adalah bohong...

    Bangsat punya Ustaz macam ni...

    BalasPadam
  4. tak kenal maka tak cinta..eloklah korang kenal dulu ngan si zul ni.kalau nak kenal dia tak susah,pegi je kat masjid india tu.bukan jauh pun.tanya orang yg meniaga kat situ,semua orang tau sapa si zul ni.bezanya dia ni pakai kupiah putih je.tapi YAHUDI PUN PAKAI KUPIAH PUTIH JUGA.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive