Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mac 27, 2010

MP Indera Mahkota buat laporan polis terhadap Utusan


Mac 26, 10: Ahli parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail hari ini membuat laporan polis berhubung laporan sebuah akhbar yang disifatkannya telah menfitnah beliau telah keluar dari PKR.

Azan dalam laporannya berkata, akhbar Utusan Malaysia dengan sengaja mencetak laporan bertajuk: "Bahtera siapa semakin bocor?" dengan tujuan memburukkan namanya dan parti tersebut yang disiarkan pada 6 Mac lepas.

Katanya, akhbar itu juga sengaja mencetak ruangan ralat dan menyatakan beliau tidak keluar dari PKR tetapi meletakkan semua jawatan dalam parti itu, termasuk timbalan pengerusi perhubungan negeri dan pengerusi biro keahlian negeri.

"Kedua-dua laporan itu tidak benar dan hanya bertujuan menunjukkan bahawa saya ahli parlimen yang tidak bermoral, tidak berpegang kukuh kepada kepimpinan Ketua PKR dan tidak mempedulikan penduduk Indera Mahkota.

"Tulisan itu memberi implikasi sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan air muka dan maruah saya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis mengenai perkara itu di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan hari ini.

Beliau berkata, kesan daripada tulisan itu menyebabkan reputasinya sebagai ahli parlimen terjejas dan dipandang rendah masyarakat.

- Bernama




1 ulasan:

  1. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    YB Zahrain & YB Zul Kulim ambil masa 2 tahun baru kata PKR tak bagus . La ni lagi seorang YB PKR Azan Ismail ambil masa 20 hari untuk buat repot Polis kerana Utusan tulis tak betul pasal kedudukkan nya dalam barisan PKR .Kenapa YB YB PKR semuanya lembat mengambil tindakkan?Bodoh ke?hj jamaludin

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive