Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mac 24, 2010

Ghapur: Zahrain penipu besar

Ahli parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh, yang dinamakan sebagai satu daripada lapan MP yang akan berpaling tadah kepada pembangkang pada 16 Sept membidas Datuk Seri Zahrain Hashim yang didakwa menipu di Dewan Rakyat.

Bekas MP PKR yang mengisytiharkan dirinya sebagai ahli bebas itu, minggu lalu mendedahkan bahawa Abdul Ghapur yang mewakili Umno Sabah dinamakan antara kumpulan berkenaan.

NONEMenurut Ghapur, Zahrain telah melakukan satu penipuan besar.

Sehubungan itu, beliau mahu ahli parlimen dari Bayan Baru itu segera menarik semula kenyataannya dan menyenaraikan mereka yang dikatakan akan berpaling tadah itu.

Abdul Ghapur juga mencabar Zahrain mendedahkan nama 30 MP yang dikatakan akan menyertai ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rancangan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional, jika apa yang didakwanya sebelum ini adalah benar.

Beliau juga memberi amaran kepada Umno agar tidak menerima Zahrain sebagai ahlinya kerana jika bekas ketua PKR Pulau Pinang itu sanggup berpaling tadah terhadap Anwar, dia juga, katanya, suatu hari nanti akan menikam pemimpin BN juga.

NONESelain Ghapur (kiri), MP dari Sabah yang dinamakan oleh Zahrain ialah Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau) dan Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar).

Nama lain yang disebut ialah Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut) dan Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang).

Zahrain juga mendakwa seorang timbalan speaker juga dikatakan akan menyertai PKR.

malaysiakini






KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive