Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mac 27, 2010

Karpal cabar Zulkifli sebut pihak ketiga

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh mencabar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menyatakan nama pihak ketiga yang memberi tawaran kepada beliau untuk mendapatkan surat akuan bersumpah membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Beliau turut mempersoal keikhlasan Zulkifli mendedahkan perkara itu hanya selepas empat tahun perbicaraan kes itu berlangsung.

“Adakah beliau rela sama ada di dalam mahupun di luar dewan untuk menyatakan siapa pihak ketiga, adakah beliau berani buat laporan polis?

“Kerana jika dibuktikan laporan yang dibuat palsu, maka Kulim Bandar Baharu boleh didakwa di mahkamah bersabit kes memberi laporan palsu,” katanya dalam sesi perbahasan Dewan Rakyat semalam.

Karpal turut mencabar keempat-empat wakil rakyat Bebas yang dahulunya merupakan Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkan kerusi bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

Karpal berkata, sekiranya keempat-empat mereka enggan mengosongkan kerusi kerana takut tidak dapat bertanding dalam pilihan raya umum mahupun pilihan raya kecil dalam tempoh lima tahun, beliau mencadangkan agar mereka tidak menghadiri sidang Dewan selama enam bulan.

sinarharian





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive