Selasa, Mac 23, 2010
Zahrain Tanam Bibit Curiga Dalam UMNO
SHAH ALAM, 21 MAC- Pendedahan Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru, Zahrain Hashim berhubung beberapa nama yang didakwanya berunding dengan Anwar Ibrahim untuk meninggalkan UMNO-BN dan menubuhkan kerajaan baru menjelang 16 September 2008 mencetuskan kecurigaan baru di kalangan ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasional.
Malah ramai di kalangan mereka yang mempersoalkan apakah motif Zahrain berbuat demikian kerana ia pasti menimbulkan keretakan dalam perpaduan umno-bn yang mutakhir ini semakin rapuh.
Krisis dalaman Barisan Nasional seperti yang berlaku dalam MCA serta gesaan dari pelbagai peringkat parti Gerakan supaya meninggalkan BN dikeruhkan lagi oleh pendedahan Zahrain awal minggu ini di Dewan Rakyat.
“ Apa yang disebutkan oleh Zahrain di dalam parlimen, sebahagian besarnya adalah pembohongan dan ini telah dibuktikan dengan kenyataan yang dibuat oleh Tengku Razaleigh, dan ini turut dinafikan oleh satu dua orang dari Sabah termasuk Bung Mokhtar” ujar Naib Presiden PKR, Syed Husin Ali.
Dalam sidang Dewan Rakyat Rabu lalu, Zahrain yang dianggap sebagai tentera baru UMNO oleh Parti Keadilan Rakyat menyebut nama-nama seperti Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Kalabakan, Ghapur Salleh dan Datuk Anifah Aman Ahli Parlimen Kimanis sebagai antara mereka dikatakan berunding dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk meninggalkan BN.
Sebelum itu, Anifah yang kini Menteri Luar, pernah mendakwa dalam rundingan dengan Anwar, beliau kononnya ditawarkan jawatan penting dalam cabinet baru yang bakal dibentuk selepas 16 September dua tahun lalu.
“ Bila UMNO merasakan dirinya tidak waspada akan berlaku perkara seperti ini ianya akan merugikan kepada UMNO sendiri. Dan ini apabila tembelangnya terbuka sekarang ini, saya fikir ia satu hal yang baik kepada UMNO kalau dia mahu berubah" ujar bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Said zahari pula.
Nama lain yang kini dalam keadaan sulit akibat faktor Zahrain ini ialah Datuk Eric Majimbun Ahli Parlimen Sepanggar; Tengku Datuk Seri Azlan Sultan Abu Bakar Ahli Parlimen Jerantut; Puad Zarkashi, Ahli Parlimen Batu Pahat; Datuk Chau Soon Bui , Ahli Parlimen Tawau serta Datuk Bung Mokhtar Raden, Ahli Parlimen Kinabatangan.
Bagaimanapun bagi menyembunyikan kegusaran UMNO-BN, fokus cuba diberikan kepada sebahagian lagi pendedahan Zahrain kononnya Anwar ada menyatakan kepadanya bahawa Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong berkenan menyokong kerajaan baru Pakatan Rakyat dan nama panglima angkatan tentera juga dibabitkan.
“ Saya fikir ini titik politik yang UMNO sengaja gunakanlah sebab mereka nampak ia titik politik yang boleh digunakan sekarang. Anwar menggunakan nama Agong dan sebagainya ia bukanlah satu perkara yang semestinya sebab ada kemungkinan pada waktu itu Anwar ada bertemu dengan Agong dan mungkin Agong bersetuju. Cuma yang tidak disangkakan oleh Anwar mungkin perkara ini mungkin diumumkan” ujar Said Zahari.
Lantaran itu, apabila mendapat isyarat daripada pengerusi BN, Najib Razak, ahli-ahli umno berpusu-pusu membuat laporan polis menggesa siasatan dijalankan.
“ Saya nampak tindakan yang hendak diambil oleh polis ini adalah ekoran daripada apa yang disebut oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri menyatakan pihak berkuasa perlu menyiasat tetapi pihak berkuasa seperti polis dan AG, Gani Patail, mereka ini tidak mempunyai kredibiliti sama sekali untuk menyisat perkara seperti ini” ujar Syed Husin pula.
Sehubungan itu, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua menyifatkan tindakan itu sebagai dalil menunjukkan meskipun sudah lebih setahun, umno masih dihantui baying-bayang pelan 16 September dan terus mencurigai kesetiaan wakil-wakil rakyatnya.
“ Ada kemungkinan begitu. Tetapi juga menunjukkan bahawa mereka menggunakan ucapan Zahrain ini untuk menekan atau memperkukuh balik Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional supaya mereka taat atau diintimidasikan supaya mereka tidak lagi berani untuk menentang kepimpinan Najib” ujar Tian.
Pemuda Umno membuat dua laporan polis di Lembah Klang hari ini berhubung pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di Parlimen Rabu lalu mengenai rancangan “16 September”, bagi membolehkan polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu.
Laporan polis pertama difailkan Ketua Pemuda Umno Selangor Suhaimi Ghazali di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang kira-kira pukul 10 pagi tadi manakala laporan kedua oleh Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Rizalman Mokhtar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi tengah hari tadi.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Husein memberitahu pihak berkuasa termasuk Jabatan Peguam Negara akan menyiasat pendedahan ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengesahkan bahawa PDRM telah menerima laporan berhubung dakwaan Zahrain itu dan akan memanggil Anwar untuk disiasat dibawah Akta Hasutan 1948.
“ Saya mengalu-alukan mereka siasatlah. Kami tidak ada masalah disiasatlah. Sekarang alasan mereka mereka melakukan semua ini their afraid to expose their witnesses and their using the independent untuk menekan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan saya nampak ini mendedahkan betapa takutnya mereka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim”.
Tian menambah rakyat umumnya sedar bahawa sokongan rakyat kepada Umno semakin menipis, terutamanya menjelang pilihanraya negeri Sarawak tidak lama lagi dan pilihanraya umum ke-13 akan datang.
“ Ini adalah satu motif yang nyata kerana 16 September merupakan sangat kritikal dan kerajaan sekarang mengakui bahawa betul mereka hampir jatuh dan mereka sekarang ini masih takut kepada ada kemungkinan ini akan berulang.....” tambahnya lagi.
tvs
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2010
(3200)
-
▼
Mac
(338)
- Sidang DUN Perak - Kejutan Jamal Behrang !
- Berita Palsu 700 Ahli AMK Ipoh Barat Keluar Parti
- Pos Malaysia Rugi RM546 Juta : Menteri Perlu Tangg...
- Penyertaan Ahli Umno dalam Perkasa bukti 1 Malaysi...
- 1MALAUN UMNGONG DIDAHULUKAN
- Sidang DUN Perak Seperti Perhimpunan Polis
- Ada wartawan sanggup ‘ditiduri’ untuk dapat slot tv
- Hampir separuh iklan kosmetik menipu
- APCO dan 1Malaysia
- Keputusan TM Piala FA Separuh Akhir (1) 30/3/10
- Din Beramboi Koma
- Pendedahan Anwar Mengenai Apco Worldwide
- Apa motif Perkasa?
- Parlimen Ada 'Peraturan Khas' Untuk Anwar Ibrahim
- Kenapa teruja dengan ucapan di perhimpunan Perkasa?
- Malaysia antara 10 tertinggi ambil arak di dunia
- RM52 bilion Saham Bumiputera Hilang
- LIVE : SIDANG DUN PERAK
- SPEAKER PERAK : SIVAKUMAR DIIKTIRAF TAJOL ROSLI?
- Bangunan UMT runtuh: 1 maut, 4 cedera
- AJK UMNO Bahagian Ditangkap Khalwat Dengan Gadis B...
- Seks Luar Tabii: Peguam Persoal Chua Soi Lek Masih...
- Dr Halili calon PKR di Hulu S'gor?
- A SAMAD SAID: Menyukat degup jantung negara di Memali
- Katak,Katak Puru dan Kotak
- Antara Kejahatan dan Kebaikan Ibrahim Kepada Anwar
- PR akan kalah ?
- Pakatan Rakyat Hampir Ke Putrajaya
- Polis cari pelakon hilangkan diri selepas pukul is...
- 700 anggota Pemuda PKR keluar parti
- Guna anak halau hantu
- Umno BN punyai banyak bahan buangan
- Makin Ramai Anggotai Anak Selepas Penahanan Mazlan
- Mungkinkah Flat Kami ini akan berbumbung semula?
- `MAKANAN' YB ZUL PUN EZAM SESUMPAH HENDAK TUMPANG ?
- UMNO Hulu Selangor paling kuat di dunia!
- Lawak Ahad: Hantu Punya Cerita
- Gadis antara 50 penagih ditahan di Kuala Kedah
- Port pondan Jln Ipoh diserbu
- ‘Setiap malam harimau datang rumah saya'
- Ahli perniagaan maut ditetak di bilik hotel, wanit...
- Seks oral: Hafizul dipenjara 15 tahun
- Zaid bakal calon PKR?
- MP Indera Mahkota buat laporan polis terhadap Utusan
- Duda, amah ditahan bersekududukan
- Wanita dirogol rakan suami mabuk
- Sekilas Politik Parlimen Hulu Selangor
- Umno juga pertikai keputusan mahkamah - Nizar
- Umno dan MIC Berebut Kerusi Hulu Selangor
- Karpal cabar Zulkifli sebut pihak ketiga
- Zahrain mahu saman Guan Eng
- Ratusan umat Islam bantah akhbar Sweden
- Syed Husin tuntut Utusan bayar RM10 juta
- Zulkifli Berdalih Tidak Mahu Sebut Nama 'Pihak Ket...
- Jerteh Souq - Pojek ‘Haram’ Idris?
- Seks gereja merebak ke AS
- Tu dia Juara Rakyat....
- EXCO SELANGOR DEDAH SURAT SPR KEPADA PBT
- "Kalau 10 perkara Zul Nordin cakap, 30 yang saya t...
- LAKONAN SONGSANG ZULKIFLI DI PARLIMEN
- Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan ...
- Hina Nabi: Ribuan umat Islam protes hari ini
- Kena tang PKR punya kerusi laju saja nak pilihanraya
- Al-Fatihah: Ahli Parlimen Hulu Selangor Meninggal ...
- Isteri durjana
- Alamak, tikus pun nak masuk politik?
- Anak dipaksa melacur oleh ibu jadi kes polis, JKM
- SPRM Lebih Berkuasa Daripada Polis?
- Musim Badut Mengambang
- MP = Memang Poyo
- TAHNIAH YB ZUL, TAPI BILA KAMI NAK PAKAI PAMPERS NI ?
- SPR bagi alasan setebal 10 muka surat
- Rumah CheguBad dibaling botol bom petrol
- Kemalangan Misteri - 2 Mayat Reput Ditemui
- Laporan polis terhadap Ketua Polis Negara
- Tali tersangkut pada pundi kencing semasa aksi per...
- Apa orang kata, PAS dan DAP bertaut juga
- Demo besar Pakatan Rakyat Jumaat ini
- Alahai...Kasihan Si Bebas Gila Talak.
- Juara kepala hotak pa?
- Baju dan kasut wajib,coli dan seluar dalam terpula...
- Sebenaqnya 40 MP BN Mahu Sertai Pakatan Rakyat
- Ghapur: Zahrain penipu besar
- Jika Ikhlas Pertahan Agama, UMNO BN Digesa Sertai ...
- Petua Menjaga Prestasi Seks Anda
- Rebut RM70,00 di Karnival Memancing Selangor
- Keluarga PM ‘jutawan’ Kecohkan Dewan Rakyat
- Zahrain 'Gemuk', 'Kenyang' Selepas Jadi Bebas
- Anwar tidak manipualsi fatwa Yusuf Qardawi
- Umno Dicabar Batal Kontrak APCO
- Ezam tidak kenal Anwar, sebab itu dia kluk-klek
- Pemuda Umno Buta Undang-Undang
- Anwar Akan Tampil Dedah Fakta APCO
- Umno juara report polis
- Bila sudah bercerai
- Zahrain Tanam Bibit Curiga Dalam UMNO
- Penyelewengan dalam GLC di Kedah?
- Apa guna 1Malaysia sedangkan BN menuju kehancuran
- PKR Nafi Umum Kedudukan Kerusi Parlimen Hulu Selan...
- Pimpinan Umno Jadi “Jakun” Di Ireland…
-
▼
Mac
(338)