Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mac 24, 2010

Baju dan kasut wajib,coli dan seluar dalam terpulang...


Arak Percuma di Melaka ?

Oleh Masdar Wahid


KUALA LUMPUR : PAS negeri Melaka menuntut penjelasan Ketua Menteri Melaka, merangkap Pengerusi BN negeri, Mohd Ali Rustam berhubung iklan yang memaparkan Arak Percuma di negeri itu.

Ketua Penerangannya, Sofi Wahab berkata, pihaknya memandang serius berhubung iklan itu yang jelas memaparkan iklan melampau yang secara terang-terangan merupakan maksiat dan bertentangan dengan nilai Islam dan adat budaya masyarakat Islam di negara ini.

Menurutnya, walaupun kawasan itu merupakan majoriti Cina, namun berdasarkan gerakan turun padang yang dilakukan PAS negeri sebelum ini jelas mendapati puluhan muda-mudi Melayu memasuki pelbagai Kelab Malam di kawasan itu tanpa segan silu.

“Tinjauan PAS sebelum ini mendapati kawasan tersebut dipenuhi pelbagai Kelab Malam yang bukan sahaja pekerjanya terdiri daripada Orang Melayu, tetapi pengunjungnya juga berbangsa Melayu.

Itu, semasa kami melawat tanpa adanya iklan, bagaimana pula dengan iklan tersebut yang jelas menawarkan Arak percuma,” katanya ketika dihubungi erapakatan.com.

Beliau diminta mengulas berhubung satu iklan yang dipaparkan oleh sebuah laman blog di Kijang59.blogspot.com

Iklan itu tertera perkataan ‘Free Beers Tomorrow, Shirts and Shoes Required, Bra and Panties Optional, yang dipasang di Taman Melaka Raya’.

Sehubungan itu, PAS negeri menggesa kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) segera mengambil tindakan tegas berhubung insiden itu yang disifatkannya tidak sepatutnya berlaku.

“Kain rentang Program Pakatan Rakyat sering direntap dan dimusnahkan walaupun diletakkan di kawasan premis Pejabat PAS, DAP atau PKR.

Namun, kain rentang seperti di itu (mempromosikan arak secara terang-terangan) tiada siapa yang kacau malah seolah-olah digalakkan pula.

Apakah kain rentang Pakatan Rakyat lebih bahaya dari kain rentang yang mempromosikan arak secara terang-terangan itu?,” soalnya sambil menjelaskan sejumlah 393 anak luar nikah dilahirkan sepanjang tahun lalu.

erapakatan






KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive