Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mac 28, 2010

‘Setiap malam harimau datang rumah saya'


KAMPUNG BANGGOL TAMBAK – Seorang penduduk mendakwa ternakannya dibaham harimau yang sering menghampiri kawasan rumahnya setiap malam.

Saiyah Dahman, 49, berkata, banyak ternakannya iaitu itik, ayam menjadi makanan harimau itu menyebabkan dia mengalami kerugian.

Menurutnya, sudah hampir sebulan dia menyedari kehadiran harimau yang sering ke kawasan rumahnya itu. Dia juga mendapati ternakannya semakin berkurangan dan terdapat sisa bangkai di kawasan rumah.

“Lebih 20 itik dan ayam ternakan saya mati akibat di baham harimau yang datang dari hutan kelapa sawit berdekatan.
“Harimau itu sering datang ke kawasan rumah saya pada jam 3 hingga 4 pagi setiap hari apabila keadaan ketika itu sunyi,” katanya kepada Sinar Harian.

Saiyah berkata, harimau itu hanya ke kawasan rumahnya sahaja memandangkan hanya dia yang memelihara haiwan ternakan dari 17 rumah lain.

Saya pernah melihat harimau itu yang saiznya agak besar seperti kambing menyebabkan saya bimbang jika terus dibiarkan.

“Saya hanya mampu melihat dari tingkap rumah dengan menggunakan lampu suluh kerana bimbang keselamatan saya jika saya keluar daripada rumah. Saya juga terpaksa menghabiskan duit membeli dawai pagar rumah,” katanya.

Menurutnya, dia bimbang jika masalah ini berterusan akan mengancam nyawa penduduk.

Saiyah berharap pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) turun padang bagi memasang perangkap di kawasan rumahnya itu.

sinarharian





2 ulasan:

  1. Bahaya ni, tak boleh dibiarkan. Jangan sampai ada nyawa melayang baru nak ambil tindakkan.

    Jangan sampai jadi macam ni: http://sesamaislam.blogspot.com/2010/03/mangsa-serangan-sang-harimau-jantung.html

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama28/3/10 2:12 PG

    Tunggu pilihanraya kat situ baru ada tindakan...kahkahkah!!!!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive