Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mac 29, 2010

PR akan kalah ?

Premortem PRK Hulu Selangor (1)

Pakatan Rakyat akan kalah?

Pertama sekali,jangan terkejut dengan hipotesis ini. Apa yang ditulis adalah pandangan peribadi greensaff semata-mata berdasarkan analisis dari pilhanraya sebelum ini dan keadaan semasa politik negara.

Sejarah P94 Hulu Selangor

Secara tradisi,kerusi ini merupakan milik PAS. PAS sejak merdeka,tidak pernah gagal untuk meletakkan calon di kawasan tersebut. Tetapi semuanya menemui jalan buntu dan tidak dapat menewaskan BN.

Calon yang diletakkan PAS di situ bukanlah calang-calang. Pada PRU 2004, PAS meletakkan Dato' Ismail Kamus untuk bertanding tetapi tewas kepada G.Palanivel dengan majoriti 14,483.

Namun, pada PRU12 2008, kerusi itu diberikan kepada PKR.

PKR melalui calonnya Datuk Dr Zainal membuat kejutan dengan menang kerusi tersebut tetapi majoriti hanya 198 undi. Bagi Umno, untuk mendapat balik 200 undi bukan satu halangan bagi Barisan Nasional.

Kenapa saya berkata begitu?

Baiklah,yang pertama, jika diperhatikan,ketiga-tiga DUN di parlimen Hulu Selangor dimenangi oleh Barisan Nasional. Dan jika dihitung majoriti kemenangan calon BN di tiga DUN iaitu Hulu Bernam,Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali jumlah terkumpul ialah 6,179 undi.

Di Hulu Bernam,Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Isris Abu Bakar menewaskan calon PAS Abdul Shukor Ali dengan majoriti 3,549 undi. Idris mendapat 7,985 undi manakala Shukor 4,436 undi.Di situ ada seramai 17,549 pengundi.

Di DUN Kuala Kubu Bharu calon MCA ,Wong Kun Moon menewaskan calon DAP Annamalai Ramu dengan majoriti 448 undi. Beliau dapat 6,107 undi manakala Ramu 6,555.Pengundi di situ ialah seramai 18,212 orang.

Di DUN Batang kali calon UMNO Mohd Isa Abu Kasim menewaskan calon Mohd Nasarudin Abdul Aziz dengan majoriti 2,179 undi . Mohd Isa dapat 11,724 undi manakala Mohd Nasarudin 9,545 undi. Pengundi ialah seramai 27,832 orang. Calon kerusi Parlimen BN ialah Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel.Beliau dapat 22,979 undi manakala Allahyarham Dr Zainal 23,177. Pengundi untuk kerusi Parlimen ialah seramai 63,593 orang.

Maknanya,Dr Zainal mendapat undi protes mereka yang menyokong tiga calon BN di 3 DUN..iaitu sebanyak 5,981 undi.

Kedua, isu yang membelit PKR bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng. Isu MP PKR yang keluar parti pasti akan digunakan habis-habisan oleh BN untuk melanyak PR. Seakan sesuatu yang pasti, BN akan menggunakan calon ini untuk mendedahkan pekung PR sebanyak-banyaknya pada waktu kempen nanti.

Dan amaran ini telah diberi oleh Timb. Pengrusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. BN dilaporkan 'cukup senjata' untuk melawan PR di Hulu Selangor.

Ketiga, halangan besar PR dalam memenangi kawasan ini adalah empat kawasan Felda yang ada dalam kawasan Hulu Selangor Felda Gedangsa, Soeharto, Sungai Tengi dan Sungai Tengi Selatan. Seperti yang diketahui, felda kebiasaannya adalah kubu UMNO.

Sudah pasti UMNO akan kempen habis-habisan di sana. Dan felda telah memberikan kredit kepada UMNO dan mebuatkan mereka dalam keadaan selesa.

Keempat, kalau diperhatikan keadaan semasa, mood rakyat lebih memihak kepada BN. Majlis anjuran UMNO, Juara Rakyat mendapat sambutan 10,000 orang di Bukit Sentosa pada 9 Januari. Ini jauh lebih ramai berbanding ceramah Himpunan Selamatkan Malaysia yang dianjurkan Pakatan Rakyat dihadiri 5,000 orang pada malam 26 Mac.

Najib dilihat lebih disenangi orang2 UMNO berbanding Pak Lah. Mungkin ini adalah hasil laporan media yang mencanang habis-habisan kempen 1Malaysia. 1Malaysia dilaporkan sebagai 'berjaya' oleh media menyebabkan mood rakyat tidak menyebelahi PR.

Kelima, Umno telah sekian lama melancarkan kempen rampas Selangor, 'Selangor Bangkit' dalam usaha mendaptkan kembali kuasa. Pelbagai perkara didedahkan untuk menghasut rakyat Selangor agar tidak mempercayai kepimpinan TS Khalid,walaupun kadang-kadang perkara itu tidak betul dan memakan diri sendiri.
Jika masih ingat, Umno telah mengganggu pentadbiran Selangor dengan bermacam-macam isu seperti Kandang Khinzir, Air Percuma, Kepala lembu dan sebagainya. Jadi, kesempatan yang ada pada kempen PRK ini nanti pasti akan dugunakan sepenuhnya untuk memburukkan imej kerajaan Selangor di bawah pimpinan PKR. Ingat,UMNo akan melakukan apa sahaja cara untuk merampas kerusi ini.

Kesimpulannya,BN berada dalam keadaan selesa berbanding PR walaupun kerusi itu disandang PKR sebelumnya. BN juga dilihat mampu untuk merampas P96 Hulu Selangor sebagaimana PAS merampas kerusi mereka di Kuala Terengganu.

p/s : Mengapa undi diberi kepada PKR pada PRU12 walaupun G.Palanivel telah mewakili kawasan itu dengan majoriti selesa selama 2 penggal berturut-turut????
nantikan analisis seterusnya esok.

Wallahua'lam.







greensaff.blogspot.com





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive