Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mac 20, 2010

Kedai pakaian jual perangsang seks

19/03/2010

MIRI — Rahsia sebuah kedai menjual pakaian yang baru beroperasi di sini sejak beberapa bulan lepas terbongkar semalam apabila sepasukan polis menemui pelbagai barangan perangsang seks dijual di premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Jamaludin Ibrahim hari ini berkata 13 barangan terlarang berkenaan yang dianggarkan bernilai RM3,000 dirampas dari kedai itu yang terletak di salah sebuah kompleks membeli-belah di bandar raya ini.

"Semasa serbuan, polis menahan dua lelaki masing-masing berumur 26 dan 41 tahun, di mana tangkapan dibuat mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan kerana disyaki menjual bahan-bahan lucah,” katanya pada sidang berita di sini.

Beliau berkata polis telah mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk menahan reman kedua-dua lelaki berkenaan hari ini bagi meneruskan siasatan.

Serbuan yang dibuat di sini merupakan sebahagian daripada operasi menyeluruh polis untuk membanteras kegiatan penjualan bahan-bahan lucah di negara ini, katanya.

- Bernama




KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive