Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mac 20, 2010

GEJALA ANAK HARAM SEMAKIN BERLELUASA?


Oleh: KREW SABAHKINI.NET

GEJALA ‘anak haram’ akibat seks luar nikah semakin berleluasa di kalangan pelajar sekolah di Sandakan terutama di kalangan pelajar sekolah menengah yang melibat golongan Melayu atau bumiputera; sebagai konotasi daripada Skandal Seks pelajar Sekolah Menengah St Mary dan Sekolah Menangah Sung Siew Sandakan.

Dalam kejadian terbaru, seorang pelajar sekolah tingkatan lima SMK Taman Merpati Sandakan telah melahirkan anak luar nikah di Hospital Duchess of Kent, Sandakan petang kelmarin.

Mengikut maklumat yang diterima daripada kakitangan Hospital Duchess of Kent, pelajar berkenaan mempunyai skandal dengan beberapa pelajar dan guru sekolah terbabit dan tidak ada pihak yang mahu bertanggung jawab di atas perbuatan mereka sehingga pelajar berkenaan melahirkan anak di Hospital tersebut setelah percubaannya menggugurkan anak gagal.

Kes pelajar ini mengulangi kes dua pelajar dua buah sekolah menengah di Sandakan yang melahirkan anak luar nikah tahun lalu sebaik sahaja menduduki peperiksaan SPM namun dua sekolah berkenaan masih dibelum dikenalpasti kerana wad bersalin tidak mencatatkan nama sekolah sebaliknya hanya alamat rumah pelajar berkenaan iaitu di Kampung Tinosa dan Kampung Berhala.

sabahkini





2 ulasan:

  1. Tanpa Nama7/1/11 7:02 PTG

    hmm~ salah... mana ada skandal ngan guru...

    BalasPadam
  2. apalah,,murid tu sndri la ngan ciwi ny...xda ngan cgu2 pun..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive