Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Mac 30, 2010

AJK UMNO Bahagian Ditangkap Khalwat Dengan Gadis Bawah Umur

TANAH MERAH - Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin.

Lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya pada kira-kira jam 1.30 pagi dalam operasi maksiat yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah bersama lapan anggota penguat kuasa yang diketuai oleh Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail serta ahli Rukun Tetangga (RT) kawasan setempat.

Difahamkan semasa kejadian, penguat kuasa sedang mengetuk bilik hotel berhampiran bilik yang didiami lelaki terbabit dan pasangannya itu, namun tanpa disangka lelaki terbabit keluar dari bilik dan pihak penguat kuasa mengesyaki lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber JHEAIK Tanah Merah, setelah diperiksa lelaki terbabit, yang berpakaian lengkap berada dalam bilik berkenaan bersama seorang gadis belasan tahun yang sedang berkemban.

“Dia bersama pasangannya itu dibawa ke pejabat JHEAIK jajahan ini untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah mengenai status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.

“Selepas keterangan diambil kedua-duanya dijamin oleh seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan kes tersebut pada 18 Mei ini,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi yang sama pihak berkenaan juga berjaya menahan seorang lelaki dan wanita berdua-duaan di sebuah bilik hotel lain.

Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu disiasat di bawah Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan untuk tindakan susulan.

Nik Zuhdi berharap agar masyarakat sentiasa memberi kerjasama dan membantu pihak JHEAIK bagi menangani gejala maksiat.

“Kerjasama daripada orang ramai bagi menghindari perbuatan ini dari berleluasa amat diperlukan dan diharapkan gejala ini dapat ditangani bersama,” katanya.

sinarharian





4 ulasan:

  1. Tanpa Nama30/3/10 1:40 PG

    Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Berita yg digempar gemburkan tiada asas langsung . Gadis bawah umor e2 cuma minta surat sokongan untuk mendapatkan biasiswa kat AJK UMNOBN bahagian Tanah Merah , ala macam SAYFOOL minta biasiswa kat PM 1 Malaysia , so tiada kes nak diutarakan .Lagi pun tiada pengesahan dari pihak polis tanah merah perihal kes khalwat pun yang diutarakan oleh pihak empunya blogger .Dan tiada pengesahan DNA oleh pihak Hospital tanah merah perihal sekedudukan . So gadis bawah umor e2 cuma minta surat sokongan untuk mendapat bantuan biasiswa dan perihal berkemban , pakaian gadis e2 di basahi hujan so takut nanti kena demam . Tolong jangan wak sangka buruk? hj jamaludin

    BalasPadam
  2. ermm.. ada ciri ciri future presiden umno.. baguih baguihh..

    BalasPadam
  3. Ambil surat sokongan 1:30 pagi...?

    BalasPadam
  4. org bila dh pengampu,hukum syariat pn pandang tepi dh..yg xboleh tahan tu..dh naik haji ckp cm2..cmni la dunia akhir zaman..wallau'alam..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive