Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Mac 23, 2010

Penyelewengan dalam GLC di Kedah?

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Menteri Besar Kedah Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak memberitahu bahawa sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Haji Mohd Puat Haji Mohd Ali telah dibentuk bagi mengkaji perkembangan anak-anak syarikat kerajaan negeri atau GLC (Government Link Company) di Kedah.

"Kita sudah berbincang mengenai penilaian GLC di Kedah, ada yang baik, ada yang sederhana dan ada yang lemah masih bergantung sepenuhnya kepada kerajaan," katanya.


Di Kedah, terdapat 120 GLC dan daripada jumlah ini terdapat GLC yang tahap penilaiannya terlampau rendah, bercanggah dengan prinsip pengurusan perniagaan serta tidak ikut peraturan undang-undang iaitu terkeluar dari Akta Syarikat.

Kadang-kadang GLC yang lemah ini tidak sampai sasaran dan kajian semula terpaksa dibuat untuk melakukan penyusunan semula.

Antara ahli-ahli panel dalam jawatankuasa yang ditubuhkan itu termasuklah Penasihat Undang-Undang Negeri, Anas Ahmad Zakie dan bekas Pegawai Kewangan Negeri Dato’ Wira Syed Zain Syed Abdullah.

Jawatankuasa ini akan melakukan kajian dengan pergi kepada GLC induk untuk mengenalpasti punca kelemahan anak syarikat di bawahnya bagi tujuan penambahbaikan.

Satu lagi faktor penting yang mendorong kepada kewujudan jawatankuasa itu ialah berikutan terma-terma dan syarat dalam perjanjian yang dibuat antara GLC dengan pihak kedua; sama ada syarikat rakan kongsi atau pembekal, didapati lebih menyebelahi pihak tersebut berbanding GLC atau kerajaan negeri sendiri.

Kerajaan negeri sendiri pernah 'terperangkap' dengan perjanjian yang dibuat dengan syarikat swasta. Perjanjian ditandatangani di zaman BN dahulu dan kerajaan sekarang pula yang terpaksa menanggung perjanjian 'berat sebelah' itu.

Misalnya perjanjian penswastaan air antara Jabatan Bekalan Air Kedah dengan Teleworks Sdn Bhd yang menguruskan air di Langkawi ternyata merugikan kerajaan negeri setiap tahun. Pada tahun 2009 sahaja kerajaan terpaksa membayar kepada syarikat swasta itu RM39 juta sedangkan kutipan hasil air di Langkawi hanya sebanyak RM14 juta, bermakna kerajaan terpaksa 'top up' sebanyak RM25! Duit itu adalah duit rakyat yang tidak sepatutnya digunakan untuk membela syarikat korporat, namun kerajaan kini terikat dengan perjanjian yang tidak munasabah itu.

Begitu juga perjanjian dengan syarikat Utara Indah Sdn Bhd yang diberi tugas merawat air di loji Pelubang, Jitra. Bayaran dibuat berdasarkan kapasiti air yang dirawat bukannya kapasiti air yang sampai kepada pengguna. Hakikatnya kapasiti air yang sampai kepada pengguna hanya kira-kira 55 peratus. Bermakna kerajaan hanya 'menderma' kepada syarikat tersebut untuk kerja merawat baki 45 peratus air yang tidak sampai kepada pengguna. Tiada siapa boleh mempertikaikan 'derma tidak ikhlas' kerajaan itu kerana ia sudah termaktub dalam perjanjian. Rakyat juga yang menanggung rugi kerana duit kerajaan adalah duit rakyat.

Contoh lain ialah perjanjian yang dibuat antara kerajaan negeri dengan Syarikat Kemelong Sdn Bhd yang mengusahakan kuari di Gunong Jerai. Sewaktu jadi pembangkang PAS bersama dengan NGO yang memperjuangkan alam sekitar membantah projek tersebut kerana di samping merosakkan sistem ekologi, memusnahkan kawasan tadahan air, ia juga membawa bencana dan kemudharatan kepada penduduk tempatan. Penduduk membantah.

Malangnya apabila PAS memegang tampuk kuasa, projek tersebut tidak dapat dibatalkan dengan mudah lantaran kerajaan diikat dengan perjanjian yang dibuat. Kerajaan terpaksa membayar sebanyak RM40 juta jika mahu membatalkan projek. Jumlah tersebut terlalu besar jika ditukarkan dalam bentuk kebajikan untuk rakyat.

Ketua Pembangkang DUN Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid tiba-tiba mendedahkan kononnya Kedah Corporation Bhd telah mengalami kerugian kira-kira RM4 juta ekoran kegagalan menguruskan projek pembalakan di Papua New Guinea selain mengimport daging lembu segar dari Australia untuk dieksport ke Indonesia.

Setakat ini pihak Kedah Corporation belum memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut. Tidak pula dipastikan sama ada projek tersebut masih berjalan atau ditangguhkan. Difahamkan proses perundingan dan operasi masih berjalan. Belum ada apa-apa tindakan muktamad. Jadi bagaimana bekas menteri besar itu sudah boleh membuat audit bahawa ia telah mengalami kerugian?

Rugi dalam perniagaan bukan satu kesalahan. Ia mungkin kesilapan atau risiko. Kesilapan juga boleh diakibatkan oleh terma dan syarat perjanjian yang berat sebelah, seperti yang banyak berlaku di bawah pemerintahan BN. Jenayah dalam perniagaan ialah jika pengurusnya melakukan penyelewengan atau pecah amanah.

Tiada kompromi atau kemaafan dalam isu seperti itu.


Jika benar berlaku penyelewengan dalam Kedah Corporation maka kerajaan pimpinan Ustaz Azizan tidak akan membiarkannya. Penyeleweng akan diseret ke muka pengadilan. Itu dasar Islam yang diamalkan kerajaan PAS. Tapi dalam isu Kedah Corporation, ia belum sampai ke tahap itu. RM4 juta mungkin merupakan jumlah modal yang dilaburkan bukan kerugian.

Sejak memerintah hampir dua tahun kerajaan tidak wujudkan GLC baru seperti tuduhan yang sering dilemparkan pihak pembangkang tetapi meneruskan GLC yang sedia ada. Ini kerana kerajaan terikat dengan perjanjian dan sambung 'liability' ikut peraturan terdahulu.

Bagaimanapun serangan membuta tuli ketua pembangkang itu tidak boleh dipersalahkan. Mereka baru dua tahun jadi pembangkang. Ibarat lembu baru tumbuh tanduk. Jumpa apa di depan mata, semua mahu disondol. Bagus juga, sekurang-kurangnya mereka mencuba jadi pembangkang, termasuk mengadakan perhimpunan haram di sana sini. 'Good try!'


utaraonline






2 ulasan:

  1. ada maklumat kata ada sorang tu jadi pengarah utk banyak glc . gaji dan relaun dia heeebbbaaaat oi.

    bagus ada penilai semula utk kaji. jangan ulang lagi apa yg jadi di papua new guinea.

    masalahnya kita terlalu percaya pada seseorang, tak mau tanya org2 yg lebih arif dlm businees. better late yhan never

    BalasPadam
  2. kena dedah apa pengarah2 glc waktu bn dulu buat. baru rakyat tau. tengok selangor, depa professional - declssify document utk bagi rakyat tau. kita di kedah nak lindung, dan seronok tanggung yg depa buat dulu. ingat, yg depa kona tu adalah duit rakyat, bukan duit exco2 lani, nak lindung pasai apa. bila duit rakyat kena la habaq, macam perjanjian air dgn telewater, pintu gerbang wisma pknk dll. berapa banyak ceo2 dan lmbaga pengarah dulu sapu

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive