Sabtu, Mac 20, 2010
Penubuhan Petronas mungkin tak sah, kata profesor undang-undang
Thomas berucap di forum hari ini. Sebelah kanan ialah Shad. — Gambar oleh Jack Ooi
Oleh Adib Zalkapli
KUALA LUMPUR, 20 Mac — Kewujudan firma minyak negara Petronas kemungkinan tidak sah kerana undang-undang penubuhannya telah diluluskan sebelum ia menandatangani perjanjian dengan semua negeri, kata profesor undang-undang Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.
“Saya merasakan beberapa aspek dalam akta Petronas adalah tidak sah,” kata Shad pada forum berkaitan dengan hak minyak di sini hari ini.
Di bawah perjanjian yang ditandatangani pertengahan 1970-an semua negeri telah dijanjikan bayaran tunai lima peratus ke atas minyak yang dikeluarkan di pesisir pantai atau di luar pesisir pantai sebagai balasan kepada penyerahan hak kawalan ke atas sumber-sumber petroleum kepada Petronas.
Shad berkata, akta itu diluluskan sebelum kesemua negeri menandatangani perjanjian dimaksudkan.
“Perlembagaan mengatakan bahawa apabila seseorang mengambil harta seseorang anda perlu membayar pampasan yang sewajarnya,” kata beliau.
Peguam Tommy Thomas yang mewakili kerajaan Terengganu dalam tuntutan royalti minyak bagaimanapun berkata jika Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 diisytiharkan tidak berperlembagaan akan mengakibatkan malapetaka besar buat Petronas.
Terengganu membawa kesnya ke mahkamah selepas kerajaan pusat berhenti daripada membawa wang royalti pada 2000.
“Masalah pertama dengan hujah itu ialah Petronas akan menjadi tidak sahih,” kata Thomas sambil menambah belum ada pihak yang membawa persoalan ini ke mahkamah.
“Jika mahkamah memutuskan akta ini tidak berperlembagaan, saya merasakan ia akan menjadi satu tragedi,” katanya.
Thomas juga memberitahu kesemua 13 negeri telah menandatangani perjanjian itu.
“Bagi saya PDA satu contoh persekutuan yang hebat,” katanya.
Thomas kini menasihati Kelantan yang turut mengemukakan tuntutan royalti minyak daripada Petronas.
Tuntutan RM2 bilion Kelantan itu bermula tahun lalu.
Forum hari ini bertajuk “Royalti Minyak: Satu Hak Perlembagaan?” dianjurkan oleh Majlis Peguam untuk membincangkan aspek perlembagaan bayaran wang royalti kepada negeri-negeri yang mengeluarkan minyak.
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang juga pengasas dan bekas pengerusi Petronas dan peguam Datuk Cecil Abraham juga berucap pada forum itu.
Kelantan kini menuntut wang royalti lima peratus terhadap hasil minyak yang diperoleh di luar pesisir pantai.
Bagaimanapun Putrajaya menegaskan ia tidak berhak untuk mendapatkan wang royalti ke atas minyak dan gas yang diperoleh di luar kawasan tiga batu nautika dari pantai.
Sebaliknya kerajaan pusat hanya bersedia memberi wang ihsan RM20 juta, yang diagihkan mulai bulan ini.
themalaysianinsider
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2010
(3200)
-
▼
Mac
(338)
- Sidang DUN Perak - Kejutan Jamal Behrang !
- Berita Palsu 700 Ahli AMK Ipoh Barat Keluar Parti
- Pos Malaysia Rugi RM546 Juta : Menteri Perlu Tangg...
- Penyertaan Ahli Umno dalam Perkasa bukti 1 Malaysi...
- 1MALAUN UMNGONG DIDAHULUKAN
- Sidang DUN Perak Seperti Perhimpunan Polis
- Ada wartawan sanggup ‘ditiduri’ untuk dapat slot tv
- Hampir separuh iklan kosmetik menipu
- APCO dan 1Malaysia
- Keputusan TM Piala FA Separuh Akhir (1) 30/3/10
- Din Beramboi Koma
- Pendedahan Anwar Mengenai Apco Worldwide
- Apa motif Perkasa?
- Parlimen Ada 'Peraturan Khas' Untuk Anwar Ibrahim
- Kenapa teruja dengan ucapan di perhimpunan Perkasa?
- Malaysia antara 10 tertinggi ambil arak di dunia
- RM52 bilion Saham Bumiputera Hilang
- LIVE : SIDANG DUN PERAK
- SPEAKER PERAK : SIVAKUMAR DIIKTIRAF TAJOL ROSLI?
- Bangunan UMT runtuh: 1 maut, 4 cedera
- AJK UMNO Bahagian Ditangkap Khalwat Dengan Gadis B...
- Seks Luar Tabii: Peguam Persoal Chua Soi Lek Masih...
- Dr Halili calon PKR di Hulu S'gor?
- A SAMAD SAID: Menyukat degup jantung negara di Memali
- Katak,Katak Puru dan Kotak
- Antara Kejahatan dan Kebaikan Ibrahim Kepada Anwar
- PR akan kalah ?
- Pakatan Rakyat Hampir Ke Putrajaya
- Polis cari pelakon hilangkan diri selepas pukul is...
- 700 anggota Pemuda PKR keluar parti
- Guna anak halau hantu
- Umno BN punyai banyak bahan buangan
- Makin Ramai Anggotai Anak Selepas Penahanan Mazlan
- Mungkinkah Flat Kami ini akan berbumbung semula?
- `MAKANAN' YB ZUL PUN EZAM SESUMPAH HENDAK TUMPANG ?
- UMNO Hulu Selangor paling kuat di dunia!
- Lawak Ahad: Hantu Punya Cerita
- Gadis antara 50 penagih ditahan di Kuala Kedah
- Port pondan Jln Ipoh diserbu
- ‘Setiap malam harimau datang rumah saya'
- Ahli perniagaan maut ditetak di bilik hotel, wanit...
- Seks oral: Hafizul dipenjara 15 tahun
- Zaid bakal calon PKR?
- MP Indera Mahkota buat laporan polis terhadap Utusan
- Duda, amah ditahan bersekududukan
- Wanita dirogol rakan suami mabuk
- Sekilas Politik Parlimen Hulu Selangor
- Umno juga pertikai keputusan mahkamah - Nizar
- Umno dan MIC Berebut Kerusi Hulu Selangor
- Karpal cabar Zulkifli sebut pihak ketiga
- Zahrain mahu saman Guan Eng
- Ratusan umat Islam bantah akhbar Sweden
- Syed Husin tuntut Utusan bayar RM10 juta
- Zulkifli Berdalih Tidak Mahu Sebut Nama 'Pihak Ket...
- Jerteh Souq - Pojek ‘Haram’ Idris?
- Seks gereja merebak ke AS
- Tu dia Juara Rakyat....
- EXCO SELANGOR DEDAH SURAT SPR KEPADA PBT
- "Kalau 10 perkara Zul Nordin cakap, 30 yang saya t...
- LAKONAN SONGSANG ZULKIFLI DI PARLIMEN
- Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan ...
- Hina Nabi: Ribuan umat Islam protes hari ini
- Kena tang PKR punya kerusi laju saja nak pilihanraya
- Al-Fatihah: Ahli Parlimen Hulu Selangor Meninggal ...
- Isteri durjana
- Alamak, tikus pun nak masuk politik?
- Anak dipaksa melacur oleh ibu jadi kes polis, JKM
- SPRM Lebih Berkuasa Daripada Polis?
- Musim Badut Mengambang
- MP = Memang Poyo
- TAHNIAH YB ZUL, TAPI BILA KAMI NAK PAKAI PAMPERS NI ?
- SPR bagi alasan setebal 10 muka surat
- Rumah CheguBad dibaling botol bom petrol
- Kemalangan Misteri - 2 Mayat Reput Ditemui
- Laporan polis terhadap Ketua Polis Negara
- Tali tersangkut pada pundi kencing semasa aksi per...
- Apa orang kata, PAS dan DAP bertaut juga
- Demo besar Pakatan Rakyat Jumaat ini
- Alahai...Kasihan Si Bebas Gila Talak.
- Juara kepala hotak pa?
- Baju dan kasut wajib,coli dan seluar dalam terpula...
- Sebenaqnya 40 MP BN Mahu Sertai Pakatan Rakyat
- Ghapur: Zahrain penipu besar
- Jika Ikhlas Pertahan Agama, UMNO BN Digesa Sertai ...
- Petua Menjaga Prestasi Seks Anda
- Rebut RM70,00 di Karnival Memancing Selangor
- Keluarga PM ‘jutawan’ Kecohkan Dewan Rakyat
- Zahrain 'Gemuk', 'Kenyang' Selepas Jadi Bebas
- Anwar tidak manipualsi fatwa Yusuf Qardawi
- Umno Dicabar Batal Kontrak APCO
- Ezam tidak kenal Anwar, sebab itu dia kluk-klek
- Pemuda Umno Buta Undang-Undang
- Anwar Akan Tampil Dedah Fakta APCO
- Umno juara report polis
- Bila sudah bercerai
- Zahrain Tanam Bibit Curiga Dalam UMNO
- Penyelewengan dalam GLC di Kedah?
- Apa guna 1Malaysia sedangkan BN menuju kehancuran
- PKR Nafi Umum Kedudukan Kerusi Parlimen Hulu Selan...
- Pimpinan Umno Jadi “Jakun” Di Ireland…
-
▼
Mac
(338)
bagos2...x sah la pulak...pastu biar shell ke exxon ke ambik alih oil field kite....cantek...nk pulak dorang bayar royalti?...sedut smpi abis dulu kot....
BalasPadam