Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mac 20, 2010

Ibu tunggal dirogol dua kali


SHAH ALAM – Malang nasib seorang ibu tunggal beranak tiga apabila dirogol sebanyak dua kali dalam dua kejadian berasingan di sekitar Gombak, awal pagi, Selasa lalu.

Dalam kejadian antara jam 1 hingga 5 pagi itu, mangsa yang berseorangan dipercayai hendak pulang ke rumahnya sebelum mengambil teksi di hadapan Stesen Komuter Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa bagaimanapun mendakwa dirogol oleh pemandu teksi dalam kenderaan yang dinaikinya.

“Selepas dirogol, suspek bertindak meninggalkan mangsa berusia 27 tahun itu di tepi jalan sebelum melarikan diri bersama telefon bimbit mangsa.

“Mangsa yang kebingungan bagaimanapun cuba mendapatkan pertolongan dengan menahan kenderaan yang lalu lalang di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Menurutnya, terdapat sebuah lori berhenti dan bersetuju untuk membantu mangsa dengan menumpangkannya pulang ke rumah.

“Gara-gara terdesak untuk segera pulang ke rumah, mangsa langsung tidak curiga dengan pemandu lori terbabit dan terus menaiki kenderaan tersebut. Pemandu lori itu dikatakan membawa mangsa ke satu kawasan yang tidak diketahui sebelum merogolnya,” katanya.

Abdul Rahim berkata, selepas merogol mangsa, suspek itu turut meninggalkannya di tepi jalan di sekitar Gombak sebelum orang ramai menemui mangsa dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri.

Beliau berkata, dengan bantuan orang ramai, mangsa terbabit dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil.

Katanya, mangsa sudah membuat laporan polis berhubung kejadian kelmarin dan sedang menunggu laporan perubatan mangsa yang dilaporkan masih trauma dengan kejadian yang menimpanya.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol dan usaha memburu kedua-dua suspek berkenaan sedang giat dilancarkan.

sinarharian




KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive