Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mac 21, 2010

Ganesan Tetap Speaker Haram



Oleh Jamilah Kamarudin

SHAH ALAM 20 Mac - Speaker Dewan Undangan Negeri Perak lantikan Barisan Nasional Datuk R. Ganesan tidak layak mengeluarkan notis memanggil sidang DUN pada 30 Mac depan kerana beliau masih lagi dianggap 'haram' berikutan pelantikannya tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Malah pelantikannya itu mencemari kedaulatan Perlembagaan sedia ada yang menetapkan telah menggariskan dengan jelas syarat untuk menjadi seorang Speaker yang sah.
Justeru itu Speaker Perak yang sah masih disandang ADUN Tronoh V. Sivakumar.
ADUN Teja Chang Lih Kang berkata walaupun Ganesan melakukan pelbagai tindakan termasuk membuat laporan polis semalam terhadap Sivakumar, namun ia tidak boleh menafikan hak Sivakumar sebagai Speaker yang sah berdasarkan kepada tiga perkara penting.
"Semasa kekacauan dalam DUN timbul, Sivakumar masih dalam Dewan, duduk atas kerusi Speaker dan masih memakai jubah Speaker.
"Namun Timbalan Speaker ketika itu, Hee Yit Fong bertindak sendiri mempengerusikan Dewan dan lantik Ganesan sebagai Speaker. Tindakan Yit Fong itu terbukti salah kerana ketika itu beliau tidak ada kuasa jadi Pengerusi Dewan," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.
Selain itu Lih Kang juga berkata semasa persidangan pada Mei tahun lalu usul yang dibawa Menteri Besar Umno-BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir agar jawatan Speaker ditukar ditolak oleh Sivakumar.
"Alasan paling jelas untuk menafikan hak Ganesan sebagai Speaker adalah beliau berbohong dan masih lagi memegang jawatan profesion sebagai peguam ketika dilantik menjadi Speaker," jelas beliau lagi.
Beliau berkata kekeliruan ini mampu memberi impak besar kepada kedaulatan undang-undang negara pada masa akan datang, terutamanya dalam aspek doktrin pengasingan kuasa.
Ini kerana jelas Lih Kang jika seseorang boleh dilantik seperti mana Ganesan, kedaulatan sesuatu bidang kuasa kini boleh dicemari dengan campur tangan bidang kuasa yang lain dalam mana-mana situasi.

suara-keadilan.com





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive