Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mac 21, 2010

Politik Primitif Perkasa


Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Datuk Zaid Ibrahim membidas Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pimpinan Datuk Ibrahim Ali yang didakwa sengaja mencetuskan ketakutan di kalangan orang Melayu sambil menyifatkan bentuk politk yang di bawa pertubuhan itu sebagai 'primitif'.


Bercakap pada persidangan Kepimpinan Anak Muda 2010 anjuran Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan Negeri Selangor, Zaid menyelar pertubuhan bukan kerajaan tersebut yang berulang kali menyuarakan kebimbangan terhadap kehakisan hak keistimewaan orang Melayu seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam wawancara Ibrahim dengan Malaysiakini, beliau berkata kita mesti pertahankan hak-hak dalam Perkara 153. Saya pun Melayu. Siapa yang hendak ambil hak kita yang dia hendak lindungi sangat tu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa peserta persidangan supaya tidak terpengaruh ke atas ketakutan yang direka oleh 'orang politik' tertentu.

“Di Malaysia Bumiputera jumlahnya besar. Di Sabah dan Sarawak, Iban sahaja sudah 60 peratus. Itu belum campur Melanau.

Mustahil hak kita akan diambil oleh sesiapapun. Jadi tak betul lah kalau dia cakap ada orang nak rampas hak kita,” ujar beliau lagi.



batuvskayu




2 ulasan:

  1. Species mahkluk yang dah monopause dalam politik ni masih nak glamour lagi. Piirahhhhhhhh !!!!

    BalasPadam
  2. ibrahim ali tu "mapap". tau apa tu mapap. org Swak kata mapap tu bebal. kakakakakah

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive