Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mac 25, 2010

Kemalangan Misteri - 2 Mayat Reput Ditemui





KM417-6
Lebuhraya Plus

Sebelum Susur Bukit Tagar

Hulu Selangor

24 Mac 2010

3 petang.


Banyak Foto-foto dan berita lanjut menyusul.



Note: nama penuh mangsa akan disiarkan setelah mendapat pengesahan. mangsa merupakan keluarga berbangsa India.



Ringkasan:



Kereta ini dinaiki sekeluarga 3 orang - dipandu suami, bersama isteri dan bayi mereka.


Mereka memasuki lebuhraya melalui Plaza Tol Juru arah Kuala Lumpur, pada 18 Mac, kemudian mereka terus senyap tanpa khabar berita. 


20 Mac, kereta Peronda Lebuhraya menemui seorang lelaki di tebing lebuhraya arah Ipoh, jam 7 petang - keadaannya cedera parah dan kebingungan.


Mangsa dihantar ke Hospital Slim River, namun gagal mengingati apa yang berlaku.


Hari berlalu, dan akhirnya, jam 3 petangt tadi, Unit Response team Propel mengesyaki sesuatu ketika rondaan, beberapa periuk dan kuali di tebing lebuhraya.



Mereka turun menyiasat, dan menemui berbagai barangan bertaburan, dan kemudian terhidu bau yang amat busuk.



Sebuah kereta ditemui remuk di dalam anak sungai, kira-kira 30 meter ke bawah.



Akhirnya, tengkorok seorang kanak-kanak ditemui tidak jauh dari kereta, dan mayat seorang wanita telah berulat dan kesan lubang ditemui di dalam semak di atas tebing.


Dalam kejadian ini, suami mangsa yang terselamat dipercayai cuba meminta bantuan untuk naik ke tebing dengan memasuki terowong sejauh 200 meter, namun tidak berdaya untuk memanjat tebing sehingga ditemui 20 Mac lalu.


Ketika berita ini ditulis, jam 9 malam, anggota polis, Unit K9 dan Forensik masih berada di lokasi untuk siasatan. Mereka juga cuba mengumpulkan cebisan tulang yang berselerak di tebing itu.

ondscene





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive