Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, April 27, 2010

Kakak, rakan yakin remaja ditembak polis bukan penjenayah



SHAH ALAM, 26 April — Kakak kepada remaja lelaki yang ditembak mati oleh anggota peronda polis dalam kejadian awal pagi ini, bingung mengapa adiknya ditembak malah yakin mangsa bukan penjenayah seperti yang didakwa.

Norazura Amzah, 39, yang ditemui di perkarangan masjid di kawasan perumahan Seksyen 11 di sini berkata beliau hanya mengetahui adiknya Aminulrashid, 15,(gambar atas) yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mati ditembak ketika ingin membuat laporan kehilangan adiknya yang tidak pulang sejak malam tadi.

“Ibu telefon pagi tadi memaklumkan adik tidak pulang ketika keluar dengan sebuah kereta Proton Iswara milik seorang lagi kakaknya.

“Saya mula tidak sedap hati dan terus bergegas ke rumah ibu kemudian kami sekeluarga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini dan dimaklumkan terdapat kejadian tembak membabitkan seorang remaja berdekatan rumah ibu di Seksyen 11,” katanya di sini hari ini.

Kejadian tembak itu juga dipercayai berlaku pada kira-kira pukul 2 pagi tadi hanya kira-kira 100 meter dari rumah mangsa.

Norazura yang beberapa kali terhenti bercakap kerana menahan sebak berkata mereka bergegas ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dekat sini namun tidak dibenarkan masuk.

Beliau berkata seorang daripada pegawai bertugas di bilik mayat itu kemudiannya mengesahkan mayat remaja berkenaan menyamai paras rupa adiknya yang merupakan anak bongsu daripada lapan adik-beradik dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 di sini.

“Maaf, saya sangat kecewa dan sedih, apalah salah seorang remaja seperti adik saya, jangan membuat tuduhan melulu dan cuba fikirkan apa rasanya andai dia berlaku kepada kita,” katanya.

Tinjauan Bernama di perkarangan masjid di Seksyen 11 di sini mendapati lebih 200 rakan Allahyarham dan saudara mara berkumpul untuk menunaikan solat jenazah dan memberi penghormatan terakhir kepada mangsa.

Turut kelihatan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin, timbalannya Supt M. Chandara serta Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad.

Van jenazah polis turut disediakan bagi membawa jenazah ke tanah perkuburan yang diiringi unit kawalan motosikal polis.

Jenazah Aminulrashid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini selepas solat Maghrib tadi.

Sementara itu, Khalid berkata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar memberikan jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian itu.

“Allahyarham seorang remaja yang dikenali di kawasan ini dan kemungkinan melakukan jenayah adalah tidak mungkin sama sekali,” katanya.

Seorang pemilik kafe siber, yang dikenali sebagai Amin berkata Allahyarham ialah seorang remaja yang mudah didekati dan penyayang serta sering mengunjungi premisnya.

“Kali terakhir saya menemuinya petang semalam ketika dia melayari Internet di sini dan bergurau dengan anak-anak saya, kemudian selepas bermain bola di padang berhampiran dia sempat melambaikan tangan ke arah saya dan isteri,” katanya sebak.

Pada kejadian itu, Aminulrashid mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis di kawasan seksyen 11 di sini. — Bernama


Share

14 ulasan:

  1. Hanya Allah yang tahu... sape kita nak menghakimi... belum tentu sebelah pihak yang berkata adalah benar... mungkin benar di sebelah pihak... kita x tahu... polis hanya menjalankan tugas... jngn salahkan mereka...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum... tiada siapa yang salah dalam isu ini... sudah suratan takdir Allah... kepada keluarga mangsa takziah saya ucapkan... tetapi benarkah pihak polis salah dalam isu ini? kepada pemilik blog... bertaubatlah sahabatku... kalau benar apa yang anda tulis ini x apa... kalau salah? berdosa hukumnye... ayah saya seorang polis... jadi saya selalu mendengar keluhan ayah berkenaan pihak yang x reti nak menghargai tugas murni polis... kalau berlaku sesuatu masalah.. pihak polis di salahkan kerana x menjalankan tugas... tapi bila pihak polis mengambil tindakan.. polis juga yang salah... salah ke golongan seperti ayah saya yang hampir terkorban nyawanya kerana penyamun dulu? adilkan bagi golongan seperti ayah saya? adilkah pemilik blog yang budiman? adilkah? adilkah? adilkah kalau saya kehilangan ayah saya dulu? adakah pemilik blog akan membela? adilkah?

    BalasPadam
  3. bodoh lah kalau kata polis mempertahankan diri. bodohlah yg menyokong tindakan polis itu. bodoh, buta hati atau mungkin saja hatinya sudah gelap.

    pikir pakai otak. polis tembak berapa das? ada budak tu tembak polis?

    ada otak pakai. jangan letak kat bontot!

    BalasPadam
  4. setuju dgn tanpa nama... biar la kes ini disiasat... baru kita hakimi... gila ke polis 4 orang tu nak tembak budak.. jangan tuduh melulu.. apapun takziah kepada keluarga allahyarham..

    BalasPadam
  5. mudah sangat utk polis melepaskan tembakan!! tak boleh ka tembak amaran dulu sebelum tembak target??.. aku bukan apa , dah muak dengan polis yg nak jadi raja di malaysia (bukan semua) dah banyak sangat kes salahlaku polis.. dari yg kecik-kecik sampai ke ketua polis.. boleh katakan kebanyakannya jadi barua kerajaan... w/mcmanapun takziah utk keluarga allahyarham.. maaf aku dah tak percaya polis malaysia dan aku akan haramkan anak cucu aku jadi polis selagi UBN berkuasa. lagi baik kerja cashier kat stesen minyak dari jadi polis yg mengikut telunjuk kerajaan zalim!!

    BalasPadam
  6. win 7 ultimate27/4/10 2:14 PTG

    tidak boleh tembak sesuka hati.
    Mana dia prosedur.
    Tiap kerja / tugas ada peraturan.
    budak tu pun tidak bersenjata.

    Anak polis ada paham?

    BalasPadam
  7. aalllooo bai....budak kena tembak...bukan mat rempit/peragut atau perompak....tapi budak la bai...hang xde akal sampai budak pun nak ditembak. bukan semua polis jahat tp mmg ada polis yg xde otak.yg pegi letup altantuya tu ko rasa ada otak ngan perasaan ka?

    BalasPadam
  8. budak 15 tahun bawak kereta...
    pukul 2 pagi masih merayap..
    waAllahu A'lam...

    BalasPadam
  9. mmg x suma polis jahat,bapak aku pun polis gak...
    tp dulu2 punya polis la,kja ikut undang2,bkn mcm polis yg 4 ekoq ni...tnggu malaikat maut cabut nyawa hgpa nt...

    BalasPadam
  10. walaupun arwah salah jgk takde lesen,merayap pkl 2 am..tapi tak patutla sampai ditembak mati,,muga2 penyiasatan yg telus diadakan.

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama berkata:

    kepada pemilik blog... bertaubatlah sahabatku... kalau benar apa yang anda tulis ini x apa... kalau salah? berdosa hukumnye... ayah saya seorang polis...

    MANA PUNYA MAMAT NI SURUH AKU BERTOBAT PULAK?
    ITUKAN BERITA DARI BERNAMA..LU TAK BACA TERUS NAK KOMEN,INILAH JADINYA BILA ANTI BLOG PR BERCAKAP TAK PAKAI OTAK..KAH KAH KAH BIKIN MALU APCO SAJA HANG NI...

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama28/4/10 4:05 PG

    Assalamualaikum....kepada pemilik blog dan kepada semua yang membaca tulisan saya sebelum nie... saya meminta maaf kalau tulisan saya mengecilkan hati semua terutama sekali pemilik blog.. saya tahu saya teremosi dalam penulisan saya... sebab tue saya nak mintak maaf... harap lupakan je tulisan saya tue... apa-apapun ucapan takziah buat keluarga mangsa... marilah kite sedekahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham... lebih baik kalau mempunyai kelapangan kita sedekahkan bacaan surah Yasin untuk Allahyarham agar rohnye tenang di sana serta di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman... sekali lagi saya mintak maaf kepada pemilik blog... rasenya x sepatutnya saya menulis penulisan penuh emosi tersebut... marilah kita berdoa agar keadialn terserlah jua...

    BalasPadam
  13. salam

    simpati saya pada keluarga remaja ni. nampaknya negara kita dah tak selamat.polis pun senang2 nak tembak orang.

    BalasPadam
  14. beberapa thn yg lepas berita kat lumut perak, polis memijak remaja yg naik motor tak ada lesen sampai cacat seumur hidup budak tu.then, kes letup altantuya. smlm kes tembak remaja pulak. apa nie? mungkin byk lg kes yg tak dilaporkan kat akhbar yg babitkan polis dgn org awam.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive