Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, April 24, 2010

P Kamalanathan Pengundi Setia Samy Vellu?



HULU SELANGOR 23 APR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan calon pilihan Umno mewakili Barisan Nasional, P Kamalanathan sebenarnya adalah pengundi Parlimen Sungai Siput yang menjadi kubu kuat Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu sebelum ini.

Mengikut data Suruhanjaya Pilihan Rakyat (SPR), P Kamalanathan adalah pengundi Dewan Undangan Negeri Jalong yang terletak dalam Parlimen Sungai Siput.

Parlimen Sungai Siput adalah kubu kuat MIC yang dimenangi Samy Vellu sejak sekian lama sebelum tewas di tangan Jeyakumar Devaraj dari PSM pada pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008.

Mengikut Malaysiakini, semakan melalui laman web SPR menggunakan nama dan nombor kad pengenalan P Kamalanathan, beliau adalah pengundi di Parlimen Sungai Siput dan DUN Jelong.

Data SPR menunjukkan alamat Kamalanathan adalah di Heawood Garden dan mengundi di Simpang Tiga walaupun kad pengenalan calon pilihan Umno itu, tertera alamat Rawang.

Turut mempertikai lokasi pengundian ialah Exco Selangor, Xavier Jayakumar dan ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin, yang melabel Kamalanathan sebagai pengundi hantu.

"Apa tujuan beliau (Kamalanathan) mendaftarkan diri di Sungai Siput. Adakah beliau mengundi untuk Presiden MIC? Itu soalan yang kami lontarkan kepada media untuk tanya Kamalanathan," kata Latheefa Khoya, Ketua Biro Penerangan PKR

Bagaimanapun, P Kamalanathan enggan memberi penjelasan sehingga pilihan raya Hulu Selangor berakhir.

tvs

Share

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive