Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, April 20, 2010

SPR Didesak Turunkan Papan Tanda Provokatif


KUALA KUBU BAHARU 19 Apr - Suruhanjaya Pilihan Raya digesa mengambil pendirian tegas terhadap pihak yang terlibat dalam kempen pilihan raya dengan cara yang tidak bermoral serta melanggar kod etika dan undang-undang pilihan raya .
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Badrul Hisham Shaharin (CheGuBard) berkata antaranya termasuk risalah, kain rentang dan papan tanda berbentuk provokasi yang didirikan di sekitar kawasan Parlimen Hulu Selangor.
"Kempen ini akan berlangsung dalam keadaan yang lebih tegang, ganas dan kasar menyerupai pilihan raya kecil di Bagan Pinang sekiranya tindakan awal tidak dilakukan oleh pihak SPR", kata beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.
Pagi tadi CheGuBard bersama Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaikh Ismail membuat laporan polis di Ibu Pejabar Polis Daerah Hulu Selangor berhubung provokasi yang dilakukan Umno-BN.
Beliau juga memberi kata dua kepada SPR untuk mengambil tindakan bersendirian dan tidak teragak-agak untuk menurunkan sendiri papan iklan yang dinaikkan oleh Umno-BN sekiranya pihak SPR tidak mengarahkan pihak terlibat melakukannya.
"Pilihan raya kecil kali ini merupakan penentu kepada 'survival' politik Datuk Seri Najib Razak. Walaupun Parti Keadilan Rakyat diserang dengan isu ahli keluar parti, namun sokongan rakyat masih kukuh bersama kami. Serangan habis-habisan Umno-BN merupakan bukti yang mereka kini menghidapi sindrom "takut bayang-bayang sendiri.
"Sekiranya Parti Keadilan Rakyat memenangi pilihan raya kecil Hulu Selangor, ini bermakna rakyat telah menunjukkan jalan keluar kepada Najib," tambah beliau.

suara-keadilan







KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive