Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, April 21, 2010

Fitnah Didahulukan, Rakyat Diabaikan

KUALA LUMPUR : Disebalik kempen Barisan Nasional (BN) yang hanya menyerang peribadi calon dan mengabaikan kepentingan rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu selangor, Pakatan Rakyat (PR) konsisten menjelaskan hak dan pentingan rakyat di Hulu Selangor.

"Kita tak payah guna cara serangan, kecaman peribadi seperti yang mereka lakukan. Kita jelaskan apa yang telah kita lakukan selama dua tahun memerintah Selangor berbanding 50 tahun pemerintahan Umno-BN," kata Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah umumnya di Serendah semalam.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang menjelaskan menerima Zaid kerana Zaid mempunyai sikap yang baik dan telah berubah sejak dalam PR.

Bagi Anwar, dasar PR jelas mendahului rakyat dan menolak kepentingan golongan atasan yang berniat untuk mengaut keuntungan.

Bagi beliau kerana itulah ada di kalangan pemimpin PR yang menolak PR kerana tidak boleh menerima dasar yang mendahului rakyat ini.

"Dasar dalam PR jika nak jadi wakil rakyat atau exco tak boleh ambil tanah negeri, tak boleh ada kontrak, tak boleh ada saham negeri. Itu cara Umno-BN. Sebab itu ada pemimpin PR tak boleh terima kerana dia tak boleh nak tukar 'mind-set'," kata beliau lagi.

PR dalam agendanya tidak memikirkan soal kaum dan akan membantu semua bangsa di Malaysia terutama rakyat yang miskin yang telah lama dianaktirikan BN selama ini.

Bagi beliau, semua kaum perlu mempunyai sifat kekeluargaan dan memikirkan antara satu dengan yang lain.

erapakatan







1 ulasan:

  1. korang cam tak biaseke tabur fitnah.cakap lebih la sume.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive