Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, April 23, 2010

Nasib Adun lompat ditentukan hari ini

KUALA LUMPUR : Nasib lima individu termasuk dua bekas Exco Kerajaan Negeri Perak yang melompat parti dan mengkhianati amanah rakyat sama ada akan dipanggil membela diri atau dibebaskan atas tuduhan rasuah akan ditentukan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada 23 April ini.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menetapkan tarikh itu selepas mendengar penggulungan hujah di akhir kes pendakwaan oleh pihak peguam dan pendakwa raya pada 12 April lalu.

Dua bekas Exco terbabit ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu, 59; dan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi, 54.

Kedua-duanya kini merupakan Adun Bebas dan disifatkan sebagai pengkhianat kepada perjuangan rakyat di negeri itu.

Tiga lagi tertuduh ialah bekas Adun Bota, Usaili Alias, 58, bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah yang juga peniaga, Zul Hassan, 48, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 32.

Mengikut pertuduhan, Jamaluddin dituduh bersama Usaili meminta dan menerima suapan RM5,000 daripada Mohamad Imran Abdullah pada pukul 11.40 pagi, 14 Ogos 2008 di Tingkat 1, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, di negeri itu.

Suapan tersebut didakwa sebagai dorongan membantu Mohamad Imran mendapatkan projek yang dicadangkan untuk dibangunkan di tanah seluas 36 hektar di pusat bandar Seri Iskandar.

Usaili juga menghadapi empat pertuduhan lain antaranya didakwa meminta RM5,000 daripada Mohamad Imran untuk Jamaluddin pada pukul 5 petang, 12 Ogos 2008 di Medan Istana 2, di Bandar Ipoh Raya.

Dia juga dituduh meminta RM5,000 lagi daripada Mohamad Imran untuk Mohd. Osman pada pukul 11.40 pagi, 14 Ogos 2008 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Mohd. Osman menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah wang tunai RM5,000 daripada Mohamad Imran pada pukul 7.15 malam, 16 Ogos 2008 di Aquarias Restaurant & Bar, Tingkat 4, Summit Hotel, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Zul Hassan, 48, pula menghadapi pertuduhan menerima suapan seks daripada Mohamad Imran pada pukul 8.10 malam 14 Ogos 2008 di Sri Sayang Apartment di Pulau Pinang.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Razak Musa yang juga merupakan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tertuduh-tertuduh pula diwakili oleh peguam-peguam bela, Surjan Singh, Abdul Roni Abdul Rahman, M. Saravanan dan Mohd. Asri Othman.

erapakatan








KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive