Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, April 28, 2010

Polis Dibidas Tembak Remaja Sesuka Hati

Oleh Norasikin Samsi


SHAH ALAM 28 Apr - Barisan peguam aktivis Pakatan Rakyat yang menawarkan diri untuk mewakili keluarga seorang remaja yang mati ditembak polis awal pagi Isnin mendesak Polis DiRaja Malaysia menjalankan siasatan secara bebas, adil dan telus.
Ketua Penerangan KEADILAN merangkap peguam kes ini, Latheefa Koya membidas tindakan polis yang mendakwa remaja 15 tahun itu, Aminulrasyid Amzah terlibat dalam kes jenayah.
Menurut beliau, tindakan itu melambangkan kelemahan anggota polis sekaligus membuktikan PDRM tidak profesional menjalankan tanggungjawab mereka apabila mengeluarkan kenyataan sebelum siasatan dibuat.
"Kami ada saksi, kami akan 'follow up' isu ini. Kes sebegini tidak boleh berulang lagi.
"Kami akan bangkit supaya Suruhanjaya Bebas diwujudkan bagi menyiasat kes ini dan polis tidak boleh sewenang-wenangnya melepaskan tembakan kerana ada etika yang sepatutnya untuk berbuat demikian ataupun menggunakan senjata api.
"Dan kami minta anggota yang terlibat digantung keanggotaannya, dilucutkan jawatan mereka serta diambil tindakan disiplin secepat mungkin," katanya pada sidang media selepas menemai ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad, 60 membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam petang semalam.
Sehubungan itu, Latheefa juga berkata, pihaknya akan terus memantau tindakan kes tersebut bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil.
Turut hadir dalam sidang media itu ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor Yaakub Sapari, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.
Sementara seorang lagi peguam N Surendran tidak dapat menerima alasan yang diberikan pihak polis yang membenarkan polis menembak remaja berkenaan.
Beliau juga mengecam tindakan polis bahawa mereka tidak memiliki kuasa yang membenarkan mereka menembak seseorang sesuka hati biarpun jika pemandu tidak mempunyai lesen kereta melainkan keselamatan mereka terancam.
"Polis harus mematuhi prosedur sebelum mengambil sebarang tindakan drastik yang mengancam nyawa orang awam," tegas beliau.
Surendran turut mengecam kenyataan awal polis yang mendakwa remaja tersebut terlibat dalam kegiatan menyamun dan memiliki senjata.
Aminulrasyid ditembak mati oleh peronda polis kira-kira jam 2 pagi di Jalan Tarian 11/2 Shah Alam, sekitar 100 meter dari rumah mangsa.
Mangsa dikatakan sedang memandu Proton Iswara berdaftar di bawah nombor BET 5023 ketika kejadian.
Turut berada di sebelah mangsa ketika kejadian, rakan sebayanya.
Polis juga mendakwa juvana tersebut adalah kumpulan geng samun dan memiliki sebuah parang di dalam kereta yang dinaikinya.
Mangsa dilaporkan mati ditembak dengan beberapa das tembakan dari arah belakang.

suara-keadilan


Share

15 ulasan:

  1. Apa budak tu buat pukul 2pagi munkin budak baik kot merayap pagi2 buta dan berani bertindak agresif pada Polis pulak tu ... kesian Polis kalau polis yang mati malam tu siapa yang ambil peduli ,, jangan patah semangat Polis terus Membentras jenayah .. mungkin anda salah seorang mangsa jenayah oleh budak 15 tahun atau suatu hari anda dibunuh oleh budak 15tahun siapa tahu.... remaja zaman sekrang..

    BalasPadam
  2. Polis Bodo29/4/10 3:57 PG

    kawan saya pon ada polis, so secara asasnya yang nak kita faham ada polis yang sangat bagus, jujur, amanah, sepenuh hati buat keje dan tak dinafikan ada juga polis yang rasuah, keje asyik fikir nak paw orang jer dan penaya orang pon ada......

    Kesimpulannya kita kena berubah dan betulkan niat kita...Aku bekerja dan cari rezeki untuk anak isteri kerana Allah taala....betul2 pasang niat sebelum melangkah pergi kerja, kalau bawak balik rezeki halal...maka bahagialah hidup dunia akhirat, kalau bawak balik rezeki haram dan jadikan dia darah daging, maka daging yang terbina dari rezeki haram hanya layak dibakar oleh api neraka....

    setiap yang berlaku ada hikmah dan pengajaran untuk sama-sama kita fikirkan. Of course ibu bapa pon kena ambil iktibar; ikut cara orang2 dulu jaga anak....masa dulu2 seingat aku, mana boleh kuar lepas 7malam....memang makbapak pantau tak ingat punya,kenapa yek?? nenek aku kata....malam adalah masa untuk berehat dan beribadah didalam rumah atau masjid....

    tetapi jika pada waktu malam kita berada diluar rumah, maka akan banyak datang bahaya,maksiat dan bala akan datang kepada mereka ini.....itu nenek aku pesanlah. Yerlah!!...orang tua2 punya cakap nih nak kena ikut jugak, sebab banyak kebaikan dia kalau kita ikut...

    Isu insiden ini ada dua:
    1) ibubapa kena stop anak keluar malam. sama macam orang2 tua kita dulu praktikkan jaga anak.
    2) Polis harus berubah kerana jika rakyat hilang kepercayaan pada polis maka imej polis sendiri akan tercemar dan tak adil pada polis lain yang betul2 buat keje dengan cekap, amanah, jujur, bertimbangrasa, ada sopan santun dan bertindak ikut S.O.P

    Polis nih ada S.O.P tak? kalau ada, please refresh ur S.O.P every week since susah sangat nak praktikkan S.O.P ini....wassalam

    BalasPadam
  3. Polis Bodo lagi29/4/10 3:59 PG

    http://4.bp.blogspot.com/_zlgGqXKrios/S9fO2hrQuDI/AAAAAAAABa A/vY6fLK72O4s/s1600/report+kawan+aminulrasyid.jpg

    kan ada link kat atas tuh SALINAN LAPORAN POLIS oleh rakan dia seorang yang selamat; kalau yang menurut kawan dia, polis dah buat satu statement palsu mengatakan budak tuh cuba reverse dan langgar polis, kalau yang aku faham melalui statement tuh, polis dah tembak budak tuh dah mati, camner orang tuh mati boleh pulak tekan gear reverse? jika ini benar, maka polis telah buat laporan PALSU

    lagi satu ada parang panjang pulak dah dalam tuh?? POLIS cuba ada-adakan cerita konon2 budak tuh PENJENAYAH....

    pastuh kawan dia dah menyerah diri, yang polis tuh ramai2 tendang dan pijak budak form 3 tuh apersal? itu ker SOP polis, patutnya terus bawak pi BALAI jer untuk beri keterangan...

    Simple macam nih jer laaaa.....kalau kita buat benda tuh adalah bukan benda PELIK, takde sapa nak jadikan benda nih isu....tapi kalau dah perkara pelik-pelik kita buat.....??? maka kebenaran itu akan datang dengan sendiri...

    Polis nih walaupun ada kuasa, jangan laaa main pijak2 orang macam binatang dibuatnya....pakai akai sikit laaa....

    kes polis yang tembak Dr dulu kat LRT dalam kete dengan girlfren dia tuh...apa citer? orang awam bunuh, kena tali gantung....polis tembak? kena apa yekk...?? Kerajaaan tolong peka sikit hal2 begini kerana POLIS represent GOVERNMENT.....kalau polis hampeh, orang akan kata kerajaan hampeh....so, perbaikilah demi AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

    BalasPadam
  4. Apa bodoh punya melayu patut tak boleh maju..otak letak kat lutut .. kena kelentong ngan budak2 jadi kecoh2 .. macam mana budak perangai setang seko tu boleh lepas kalau kena pukul oleh 4 orang polis ... tentu bergelut dengan polis nak lepaskan diri itu pasi dia dapat lari kalau polis tu jahat dah Ramai yang mampos
    Budak baik ambil kereta kakak malam2 buta(dah selalu buat ker?)....
    Budak baik buat hal dengan mat rempit(satu geng ker?)...
    Budak baik nampak polis pecut gila babi...
    Budak baik dengar tembakan polis tak takut lagi mau lawan /lari...

    semua orang tak suka polis buat kerja kecuali bini dan anak dia kena kongkek baru terhegeh2 cari polis
    malas aku nak baca komen2 melayu bodoh bin bangang bila cakap marah tapi sendiri yang bodoh

    BalasPadam
  5. penyelesaian undang2 hudud dijalan kan d malaysia....abis cita...tuhan yg suo kita wat je....lg selamat...sedang kan suma benda dia wat....nie kita manusia...lawan apa yg dia suruh...kn???

    BalasPadam
  6. hamba allah29/4/10 3:18 PTG

    sebab 2 org nak wat hudud...x de undang2 setanding hudud...tol x...??
    undang2 kita manusia...biasa la...ada kelemahan...baik pakai undang2 allah wat 2...selesai masalah....

    BalasPadam
  7. win 7 ultimate29/4/10 4:19 PTG

    kesnya ialah polis TEMBAK mati remaja.

    soal budak umur 15 tahun kuar malam, itu hal lain.
    ada parang dalam kete itu hal lain.
    aku nak tanya, SEBELUM polis tembak budak tu.
    ada polis nampak parang dlm kete.
    ada polis kenal sapa budak budak ni?

    BalasPadam
  8. win 7 ultimate29/4/10 6:52 PTG

    berikutan kenyataan KPN:
    sedia arah anggota polis undur pada Apr 29 10 6.02PM (MalaysiaKini),
    adalah sangat perlu inkues atau suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat kes ini.
    supaya ianya benar benar bebas, telus dan adil.

    BalasPadam
  9. Sepatutnya keselamatan rakyat dijaga.. bukan di bahayakan..

    BalasPadam
  10. Ya Allah.. Tuhan Yang Maha Agung... Tiada Tuhan melainkan engkau.. jika polis yang menembak remaja itu benar, maka Engkau tunjukkanlah kebenarannya.. jika remaja yang ditembak itu adalah mangsa fitnah dan tipu daya polis, maka Engkaulah bela lah dia dan berilah remaja itu sebaik2 pembelaan dan pembunuh itu dengan sebaik-baik pembalasan. Tunjukkanlah kebenaran itu ya Allah.. Engkau bela lah pihak yang dianiaya.. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. Amiin...

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama4/5/10 5:50 PTG

    budak baru nak besar keluar pagi biasa la..
    jumpa polis panik lari biasa jugak??
    apa kejadahnya yg ko pegi tembak..
    kenapa ko x ikut prosuder dulu??
    dah apa kejadahnye lagi ko fitnah keluarga tu plk.. kaum lain yg bunuh org,. along ko kecut plk..
    kalo ko x mengaku kesilapan sendiri memeang aku haram jadah kan plis forever..

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama4/5/10 6:34 PTG

    di AMERIKA sejahat jahat org putih tuh dlm kejar mengejar lagi dasyat.. tapi diorang tak tembak pon.. diorang kejar dan sekat dan tangkap...

    nampak sgt polis 5 org nih POLIS-BODOH... penguatkuasa yg BUTA UNDANG UNDANG...

    zaman mahathir dulu org ckp POLIS HANJING KERAJAAN... skrg ni jadi ANJING BODOH pula..

    BalasPadam
  13. benda da sudah,sudah.selesaikan mslh dgn telus, hukum yg salah.

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama5/5/10 11:16 PG

    Sangat kecewa and sedih sgt bila dgr brita camni...nape polis slalu bertindak sesuka hati.... mesti polis2 muda.... polis takde baik mana pun...ntah2 polis tu mabuk...tu yg sesuka hati je tembak org....mmg makin teruk polis skang.....

    BalasPadam
  15. BAPAK AKU POLIS TAU..HARI TU DIA TANGKAP 3 REMAJA UMUR 15 DAN 17 TAHUN BUAT SAMUN 20 KES..INI LAH CONTOH ANAK ORANG BAIK-BAIK.
    KORANG NIE ...ASYIK NAK SALAHKAN POLIS SAJA.....NANTI TAN SRI MUSA ARAHKAN SEMUA POLIS CUTI MOGOK SEMINGGU BARU KAMU TAHU......

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive