Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, April 25, 2010

Najib terlalu angkuh dengan kehebatan nya?


APAPUN keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang ditentukan oleh pengundi Hulu Selangor kelak,..


tidak akan memberikan apa-apa impak kepada Pakatan Rakya mahupun Barisan Nasional sekiranya gagal menawan kerusi tersebut ataupun ia tidak akan membawa kemegahan kepada Pakatan Rakyat sekiranya memenangi kembali kerusi tersebut.

Sekali pun Pakatan Rakyat kalah ia tidak akan merubah senario PRU13 akan datang. Misalnya kekalahan PKR di Ijok Selangor yang lalu boleh dijadikan rujukan ‘mood’ pengundi. Seandainya BN memenangi kerusi tersebut ia tidak juga akan menjadi suatu kejutan hebat kepada Pakatan Rakyat. Ini memandangkan ketiga-tiga DUN di bawah Parlimen Hulu Selangor semuanya dimiliki oleh UMNO/BN.

Kita dapat melihat dengan sejelas-jelasnya UMNO/BN telah bekerja dengan sedaya-upaya mereka untuk memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor. Segala janji-janji muluk di tabur di sana-sini, drama ulang-tayang ‘mesra rakyat untuk seketika cuma’ berulangkali disiarkan di media-media elektronik dan cetak, demi untuk meraih undi dari rakyat jelata.

Tidak cukup dengan calon yang turun padang, semua Menteri kabinet diarahkan turun padang untuk ‘beramah-mesra’ dengan rakyat Hulu Selangor. Malah PM Najib dengan slogannya 1Malaysia juga telah memendekkan lawatan rasminya demi untuk bersama-sama ‘menawan’ hati rakyat Hulu Selangor. Sebab apa? Sebabnya amat mudah, UMNO/BN merasa terlaku gentar seandainya mereka gagal mengambil kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor yang kononnya ‘dipinjamkan’ kepada Pakatan Rakyat.

Bagi BN, seandainya kemenangan ini mereka perolehi dalam PRK Hulu Selangor kelak, maka ianya akan dijadikan kayu pengukur dan BN akan penuh bangga akan mewar-warkan di setiap media massa bahawasanya rakyat Malaysia telah kembali ke ‘pangkuan’ UMNO dan Barisan Nasional.

Senario ini memang telah dijangkakan, kerana walau dalam tempoh kempen pun, BN telah mempergunakan kuasa yang ada di tangan mereka untuk melaksanakan kempen ‘secara tidak sedar’ melalui media-media elektronik.

Makanya kalau BN kalah, ianya akan menjadi suatu perkara yang amat serius dan terlalu memalukan kepada UMNO/BN. Sia-sia sahaja peruntukan yang begitu besar di keluarkan di PRK Hulu Selangor.



UMNO/BN memang sudah amat terkenal dengan cita-cita ‘mahamerunya’, siapa tidak kenal barisan saf kepimpinan UMNO/BN yang punya cita-cita setinggi gunung Everest. Sehinggakan PM 1Malaysia turut melibatkan Presiden Amerika demi untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa kepimpinan beliau kini di iktiraf oleh Presiden Amerika Syarikat Barak Obama. Begitu hebatnya penangan PM 1Malaysia sanggup berbuat apa sahaja demi memastikan UMNO/BN terus berada dalam kemuncak kepimpinan Kerajaan Malaysia.

Tapi jangan lupa, masih ada satu lagi PRK yang bakal diadakan kelak, PRK Sibu di Sarawak. Jika dilihat pada PRU 12 yang lepas, BN memperolehi majoriti sebanyak 3,000 ke atas, akan menjadi suatu tamparan yang amat pedih dan perih kepada saf kepimpinan Barisan Nasional seandainya Pakatan Rakyat mampu ‘mencuri duduk’ di kerusi berkenaan.

Berhati-hatilah wahai warga Barisan Nasional, kerana langit tidak selalunya cerah dan panas tidak selalunya hingga ke petang. Berwaspadalah kehebatan perpaduan Pakatan Rakyat. Jangan ketawa dulu dengan apa sahaja keputusan Hulu Selangor sebelum Bandar Sibu.

-halikzaman




Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive