Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, April 30, 2010

Ugutan Bunuh Nik Aziz



KUALA LUMPUR : Murshidul Am PAS, Datuk Nik Aziz telah menerima ancaman bunuh dalam satu ruangan perbincangan di Facebook.

"Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen dalam blognya.

Salman dalam blognya menjelaskan Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku sebagai graduan UITM membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di ruangan perbincangan di Facebook.

"Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi," tulis lelaki yang menggunakan nama Mohd Safuan Hilmi dalam ruangan facebook.

Selain itu Mohd Hilmi juga menulis dalam ruangan komen di facebook itu yang berbunyi 'senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu'.

Herman dalam blognya menengaskan pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tuan Guru Nik Aziz sendiri perlu membuat laporan polis.

"Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakkan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa," kata beliau.

Beliau berkata Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makluk sebiadap ini.

"Saya dapati laman facebook beliau sudah ditutup. Tapi ini maklumat yang saya sempat ambil.

"Harap disiasat kerana kita tidak boleh memandang kecil hal ini. Jika dibiarkan nanti lebih ramai yang besar kepala dan buat ugutan yang serupa," jelas Herman yang menunjukkan wall lelaki yang membuat ugutan itu.

erapakatan



Share

4 ulasan:

  1. repot polis?? polis pun kepala pening mcmana nak repot! elok kalau sesapa kenai mamat tu pi luku ja kepala ramai-ramai. cakap main sedap mulut ja mcm yahudi mabok! ntah apa di belajaq kat uitm pun aku tak tau... aku cadangkan uitm tambah satu lagi subjek untuk bagi student depa berakhlak sikit. tu pun kalau betui laa dia belaajaq kat uitm.. aku rasa mak bapak budak ni dah bagi didikan cukup dah cuma dia ja yg tak kesian kat mak bapak dia. muka macam mat bunga ada hati nak jadi pembunuh!! pirahhh!! cakap dlm facebook berani laa.. patutnya org yg mcm ni yg patut kena peluru bukannya adik aminurashid

    BalasPadam
  2. Woi, woi, akaun FB dia dah tutup daaa, dia suda takut, tak payah bunuh org, kita nengok berani ke tak dia maintain akaun FB dengan nama tu lg, kui3...

    BalasPadam
  3. Gambar dia tetap ada... nasiblah kalau org bunuh dia...

    BalasPadam
  4. Itu lah kalau anak2 tak dididik dgn ilmu Allah dan makan byk yg subahah berzikir jauh sekali hati dah gelap memang yg ini termasuk dlm golongan syaitan yg mcm ni ke nak jadi pemimpin negara nanti byk2 lah bertaubat kamu dah dewasa takut Allah ambil nyawa kamu dlm masa2 terdekat ni siapa yg rugi sbb di alam barzakh lebih hebat yg akan menanti kamu di sana kamu tak akan mati dah, mati hanya sekali iaitu di dunia ini, perbuatan kamu memalukan bangsa melayu aje lebih teruk lagi mak bapa kamu dan sdra mara kamu, mereka tentu malu dgn kelakuan kamu tu, kamu kata kamu pelajar UITM kira2 tu memang bijak lah kalau kamu dapat 20A pun dlm SPM tapi budi pekerti kamu hancur apa lah makna nya, lps ni kamu tak lena tidur sbb bukan saja manusia akan memarahi kamu tapi Allah juga akan mengutuk kamu, kamu ingat Datuk Nik Aziz tu makan nasi aje ke, kamu tak tahu yg Lidah dan Hati nya sentiasa memakan ZIKIRULLAH, kalau manusia yg ada kromah kamu buat mcm tu tak payah orang lain buat kamu Allah akan hukum kamu serta merta, belajar lah ilmu Allah kerana ilmu Allah tu Maha Luas bukan Syariat aje.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive