Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, April 22, 2010

Jika Digantung Saya Akan Bongkar Lebih Banyak Rasuah Umno-BN


KUALA KUBU BAHARU 21 Apr - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak gusar atau bimbang untuk menghadapi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen esok kerana sekiranya belkiau digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat masa yang ada akan digunakan sepenuhnya untuk membongkarkan lebih banyak penyelewengan dan skandal Umno dan Barisan Nasional.
Berucap di hadapan lebih 1,000 penyokong Pakatan Rakyat di kawasan perumahan murah di Jalan Padang tembak di sini semalam, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata Umno kini amat takut dengan pendedahan beliau mengenai pembabitan unsur Zionis Yahudi dalam kerajaan melalui firma antarabangsa Apco Worldwide.
"Mereka mahu gantung saya daripada menjadi Ahli Parlimen selama 3 bulan, 6 bulan, setahun saya tak tahu, saya tak peduli dan saya tak takut. Lepas gantung saya lawan mereka lagi. Kalau gantung saya ini akan memberi peluang saya menjelajah seluruh negara dan saya akan bongkar lebih banyak lagi penyelewengan Umno.
"Isu Apco saya dedahkan dalam Parlimen kerana saya mahu selamatkan Malaysia, saya mahu selamatkan negara ini daripada diresapi oleh unsur Zionis Yahudi tetapi Umno memilih untuk menggantung saya," tegas Anwar.
Esok merupakan hari terakhir sidang Penggal Ketiga Parlimen ke-12 setelah bermesyuarat sejak 15 Mac.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dijangka membentangkan usul menggantung Ketua Pembangkang berhubung pendedahan kaitan 1Malaysia dengan Satu Israel yang diilhamkan oleh Apco.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin akan menyokong usul yang di bawa Nazri dan perbahasan akan membabitkan lapan pembahas - masing-masing empat daripada Pakatan Rakyat dan BN.
Pakatan Rakyat dijangka diwakili oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Selain Khairy BN akan diwakili oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamad dan Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong.
Pada 18 Mac lalu Anwar mendedahkan di dalam Parlimen mengenai hubungkait rapat antara konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan gagasan One Israel, kedua-duanya diilhamkan oleh syarikat perunding imej dan komunikasi Yahudi-Zionis, Apco Worldwide.
Pendedahan itu telah mencetuskan kemarahan umno-BN yang secara lantang menafikan 1Malaysia mempunyai sebarang kaitan dengan One Israel yang menjadi tema pentadbiran bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Barak pada 1999.

suara-keadilan







7 ulasan:

  1. Betul kata Anwar. Kalau BN berjaya gantung Anwar, Anwar akan bongkarkan lebih banyak pendedahan rasuah yang melibatkan kepimpinan UMNO / BN. Betul ke Anwar mempunyai banyak rahsia untuk didedahkan takut sekadar buat gempak sahaja, kita tunggu dan lihat sahaja apakah pendedahan yang seterusnya yang akan didedahkan oleh Anwar. Kalau tidak ada apa-apa pendedahan terbaru kita boleh gelarkan Anwar dengan gelaran baru iaitu Anwar Kotak @ Anwar Meriam @ Anwar Tin Kosong...

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama23/4/10 2:15 PG

    umum mngetahui dtk Anwar bekas Tpm,tim.presiden umno.so sudah tentulah dia tau semua rahsia umno dan kerajaan.wktu dia jadi Tpm saya masih di bangku sekolah,dan saya percaya wktu tu,majoriti remaja tak kira bangsa di msia,amat mengkagumi gaya kepimpinan beliau termsuk saya.hilangnya dtk anwar dlm umno,maka hilanglah aura karisma melayu dlm umno.

    BalasPadam
  3. Politik kampung...politik kaum gasar...minta bukti ..dah bagi bukti..dah kalah lalu bertindak bodoh. Memang dasar kerajaan sekarang dasar membuli dan gangster.

    BalasPadam
  4. bukan buli...kerajaan penjenayah dan penyamun!!!!Ptui!!!

    BalasPadam
  5. kau tengok muka-muka orang BN dalam dewan parlimen tu!!!saling tak tumpah muka penyamun pakai kot dan tali leher. Baru join politik sepenggal kaya mengalahkan bisness 20 tahun...puki ayam punya muka!!!!!

    BalasPadam
  6. Yang kau orang pilih muka-muka penyamun tu buat apa....aku pilih dato khalid ibrahim...walau pun cakap tak berapa lancar tapi buat kerja lurus dan cerdik pulak tu...itu lah pilihan aku...!!!

    BalasPadam
  7. Yang orang bagan pinang pilih isa samad....hari-hari mandi kat kolam renang...kah-kah-kah. tup-tup isa mandi kat kolam bebe....jangan marah..!!!!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive