Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, April 25, 2010

Pilih Pemimpin Berwibawa



Datuk Zaid Ibrahim adalah calon terbaik untuk Hulu Selangor, yang memerlukan seorang wakil rakyat yang tegas, berani dan mampu bekerja demi kesejahteraaan rakyat bawahan.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat Hulu Selangor selama ini meralat kerana digagalkan oleh wakil-wakil rakyat yang lemah dan cuai.
Di hadapan lebih 5,000 hadirin di Rasa malam semalam, Anwar tampil lebih bersemangat, bersama-sama Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan calon Datuk Zaid Ibrahim.
Dengan oratori bersulamkan lawak-jenaka, ribuan yang hadir mengikuti setiap butir bicara pemimpin reformasi ini walau diasak hujan renyai-renyai.
Laluan sepanjang 1 kilometer dari pintu masuk utama bercahaya dengan barisan kereta-kereta yang bersesak-sesak untuk mengejar ucapan Anwar dan Nik Aziz.
Jika kehadiran menjadi petunjuk pilihanraya, Pakatan Rakyat nampaknya dalam kedudukan yang lebih selesa berbanding Barisan Nasional.
"kita mau zaid....apa dia buat, dia kerja, sebab apa dia dipilih, dia berani,sebab apa dia berani berhenti sebagai menteri untuk lawan dan jaga rakyat kita, itu point penting kita" Anwar berkata.
Beliau meminta rakyat Hulu Selangor supaya membuka mata dan tidak terbuai dengan hasutan perkauman atau termakan sogokan rasuah Barisan Nasional.
Adun-Adun BN dan Kerajaan Pusat harus dipertanggungjawabkan diatas kecuaian dan kegagalan mereka menyampaikan janji kepada warga Felda dan penduduk Hulu Selangor.
"saya minta, saya minta satu betul-betul, you check betul-betul list, kalau perdana menteri datang kasi 1 juta you angkat,dia bagi duit 400,000 untuk dewan you angkat,dia kasi baju 1 you mintak 5,dia bagi elaun 200 you mintak 500, tapi undi, you undi Zaid parti keadilan dan pakatan rakyat,orang melayu rasa, orang cina rasa, orang india rasa, sudah pandai sekarang, you give the money we take, you offer projek we accept but both we vote for pakatan rakyat want zaid to win" kata Anwar.
Anwar berkata setiap undi yang dibuang hari ini menentukan masa hadapan Hulu Selangor.
Berpuluh tahun warga Hulu Selangor hidup dibawah pengurusan BN, namun masih ramai yang melarat.
Selama berpuluh tahun juga suara Hulu Selangor tidak didengari di Parlimen, namun semua ini akan berubah dengan Datuk Zaid Ibrahim.
"satu undi pun tidak boleh hilang, kalau kita punya mak ke, aunty ke sakit tolong angkat kasi undi, sebab, ini election tipu banyak,ada orang nama sudah hilang,nama dulu undi di Sungai Choh,sekarang lari pi Selayang" katanya.


Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive