Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, April 22, 2010

Anwar Cabar Najib Debat Di Hulu Selangor Pasal Apco

Oleh Faizal Ezzany


BATANG KALI 22 April - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat di hadapan rakyat Hulu Selangor berhubung penglibatan firma pro Zionis Israel, Apco Worldwide dalam pentadbiran kerajaan Malaysia.
"Saya cabar Najib berdepan dengan rakyat pada malam terakhir sebelum hari pengundian untuk memberi penjelasan tentang penglibatan Apco Worldwide dalam pentadbiran negara, saya ada maklumat lengkap tentang penglibatan ini.
"Kita boleh beri berapa lama masa yang dia perlukan janji dia berani berdepan dengan rakyat untuk memberi penjelasan. Jangan hantar orang suruhan saja," jelasnya pada ceramah di Batang Kali semalam dihadapan ribuan penyokong.
Beliau juga menjelaskan tentang dasar kerajaan negeri Selangor dalam memberi kebajikan kepada rakyat selain meminta rakyat membuat pilihan yang bijak pada hari pengundian nanti.
"Sebelum ini saya sudah jelaskan dasar kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya di negeri Selangor yang telah terbukti memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
"Saya berharap rakyat akan membuat pemilihan yang terbaik agar seluruh penduduk di Hulu Selangor akan terbela, kita kena pilih calon yang berprinsip seperti Datuk Zaid Ibrahim yang jelas tentang pegangan beliau tanpa memikirkan kepentingan peribadi.
"Sebelum ini saya dah beritahu kepada keluarga Zaid agar bersiap sedia menghadapi serangan kotor dari Umno kerana mereka ini akan menggunakan apa saja tanpa memikirkan akibat selepas itu. Tengok apa yang berlaku sekarang, Umno membuat serangan peribadi.
"Saya harap keluarga Zaid dapat hadapi semua itu dan jangan bimbang kita sentiasa memberi sokongan kepada Zaid," jelasnya lagi.
Anwar juga memberitahu setiap kejahatan yang ingin dilindungi tidak akan bertahan lagi sampai masanya terbongkar juga.
"Berapa lama Najib nak sembunyikan penglibatan rasuah dalam pembelian kapal selam, di Malaysia bolehlah di selindungi tetapi kalau di Paris macam mana nak tutup. Sekarang kes rasuah berkaitan dengan pembelian kapal selam sudah di bongkar di sana dan akan difailkan di mahkamah Paris, Najib kena jawap jangan lepas tangan begitu saja kerana ini melibatkan maruah negara," tegas Anwar lagi.
Beliau menegaskan apa yang berlaku di dalam KEADILAN tentang calon yang lompat adalah satu proses memantapkan parti.
Ini juga telah berlaku kepada PAS sebelum ini yang menyebabkan PAS menjadi parti yang mantap sehingga Barisan Nasional takut hendak menghadapinya.

suara-keadilan






2 ulasan:

  1. Bro,
    1.Tak payah cabar najibla kalau ceramahpun tak sampai 100 org hadiri....

    2.Bole tak ulas isu ini...
    PADA 13 Mei 2008 di Parlimen Malaysia Y.B Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir telah membuat satu kenyataan perihal Anwar Ibrahim dan sehingga kini jawapan balas kepada kenyataan tersebut masih belum lagi diperoleh daripada Anwar Ibrahim.

    Selepas hampir 10 tahun cuba membuka mata dan minda rakyat Malaysia kepada isu konspirasi oleh anwar ibrahim, YB Dato Mukhriz telah membentangkan isu tersebut di dalam sidang Parlimen, iaitu satu tempat yang paling sesuai. Sama-sama kita berharap lebih banyak lagi kebenaran mengenai Anwar Ibrahim yang sudah banyak terbongkar akan diusul-bentangkan spaya lebih ramai rakyat Malaysia akan mula sedar akan bahayanya pengkhianat agama, bangsa dan negara yang bernama Anwar Ibrahim.
    Sedutan ucapan sulung YB Dato' Mukhriz Mahathir di Parlimen pada 13 Mei 2008

    Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri?

    Tan Sri Yang Di Pertua,

    Saya ingin menyentuh sedikit mengenai apa yang telah dikatakan oleh YB dari Gombak (nota AYT: Sdr Azmin Ali) yang telah menyatakan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim adalah insan yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia.

    Saya tertanya-tanya mengenai tiga perkara yang telah dilaporkan dalam media asing tetapi tidak diberi liputan oleh media tempatan.

    Yang pertama mengenai artikel dalam majalah TIME dalam edisinya bertajuk "The 2008 TIME 100". Laporan mengenai Dato Seri Anwar ditulis oleh rakan karibnya, Paul Wolfowitz - bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat merangkap ketua strategist Perang Iraq untuk George W. Bush.

    Mengapa harus Dato Seri Anwar bersekongkol dengan pembunuh lebih 1 juta rakyat Iraq ini?

    Yang keduanya mengenai artikel dalam akhbar Israel, iaitu Jerusalem Post, yang menggambarkan Dato Seri Anwar sebagai "Malaysia's Future Prime Minister" seperti yang telah disebut oleh YB dari Gombak dalam dewan yang mulia ini.

    Adakah ini bukti bahawa Israel juga setuju Dato Seri Anwar menjadi perdana menteri Malaysia? Dan kalau setuju, mengapa?

    Yang ketiganya ialah mengenai sebuah badan bukan kerajaan atau NGO yang bernama Foundation of the Future. NGO ini menerima dana sebanyak US$35juta dari Jabatan Negara atau State Department, kerajaan Amerika Syarikat, US$10 juta dari Bahrain dan US$11 juta dari lain lain sumber yang tidak diketahui.

    Pengerusi Foundation of the Future ialah tak lain tak bukan Dato Seri Anwar Ibrahim, insan yang dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia. Di NGO ini jugalah, Dato Seri Anwar mengambil kerja Shaha Riza, teman wanita Paul Wolfowitz .
    mencetuskan kontroversi di Bank Dunia tempohari.

    Soalnya, adakah Dato Seri Anwar Ibrahim yang terlibat secara langsung dalam organisasi yang diragui latarbelakangnya, dan berkawan rapat dengan pengikut fahaman Neo Conservative yang membunuh rakyat Islam di Iraq iaitu Paul Wolfowitz, hendak kita benarkan mengambil alih kepimpinan negara tercinta ini?

    BalasPadam
  2. Aloo broo...jawab isu UMNO/APCO yang dikemukakan oleh Pakatan berserta bukti2 kukuh surat PDRM pd KDN dan Perjanjian UMNO/APCO/1Malaysia di parlimen tu duluu...

    kalau stakat cakap kosong karang berjela2 buang masa jer...

    Rakyat dah cerdik brooo...sebab tu Pakatan semakin kukuh....tak caya tengok statistik PRU12 dulu...PRU13 confirm tukar kerajaan...jangan takot broo...USA/APCO pun tukar2 kerajaan Demokrat/Ripublikan tapi tetap MAJU...hahahahahaa

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive