Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, April 25, 2010

Laporan Live dari PRK Hulu Selangor

"Laporan diterima dari Puan Rozaini Mohd Rosli Exco Wanita PKR Pusat yang berada di Batang Kali"

Kami melaporkan dari Pusat Media PKR di Kuala Kubu Bharu.

Bersama kami di sini ialah beberapa orang blogger termasuk ZORRO-unmasked yang membuat liputan live dari sini.

Suasana di Pekan Kuala Kubu Bharu amat tenang dan santai. Seawal jam 7.30 pagi tadi ramai yang masih bersantai secara berkumpulan di kedai minuman. Ada yang bersiap sedia untuk keluar menggempur pusat-pusat mengundi.

Dalam perjalanan kami dari tempat penginapan di Kem Bina Semangat ada berderetan Truck FRU termasuk sebuah water cannon menuju ke Kuala Kubu bharu arah ke utara.

Ada 47 pusat mengundi 18 di Batang Kali. 14 di Kuala Kubu Bharu dan 15 di Hulu Bernam.Tumpuan kemenangan ialah DUN Batang Kali.

suasana di Sek Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali.


"Bas menghantar pengundi dilaporkan dari pusat mengundi Sek keb bandar baru batang kali. Semua petugas PACA diminta alert."

Petugas Pakatan Rakyat bersemgat tiba lebih awal di Pusat Mengundi Sek Keb Batang Kali. Mengibarkan Bendera Parti Keadilan Rakyat. Bersemangat walau letih bekerja sejak sepuluh hari lalu.

Kadar mengundi di saluran 1 laju berbanding saluran muda yang agak perlahan.


Di Sek Bandar Baru Batang Kali penyokong BN dibiarkan oleh polis dan SPR mengepung pondok panas Keadilan.

"Laporan diterima dari Puan Rozaini Mohd Rosli Exco Wanita PKR Pusat yang berada di Batang Kali"



ummuasiah2001

Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive