Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, April 27, 2010

Maimunah...Oh Maimunah....Video Paling Hangat



SAYANGILAH ORANG TUA-TUA...

kalau korang pernah tengok video nenek menyanyi dekat wad sakit mental, korang mesti suka video yang aku nak share hari ni.. ahaha.. tapi sebelum tu, aku tau mesti akan ada orang cakap "kesian kat nenek ni, bayang kalau kena dekat mak sendiri".. kenapa mesti aku jawab soalan tu? korang suka ka kalau orang pandang rendah dekat mak bapak korang? (dengan pandangan kasihan macam menagih simpati dan sebagainya) jawab balik! ahaha


bagi aku nenek ni sangat cool.. beliau sangat 'super cool'.. aku letak video ni dengan harapan beliau boleh menempah nama dalam medan seni justeru itu, ahli keluarga beliau yang tidak bertanggung jawab meninggalkan beliau di hospital sakit jiwa terus datang menjemput beliau kembali untuk pulang ke rumah dan tinggal bersama keluarga.. manusia memang macam tu, suka tumpang senang orang lain..

mengikut pengetahuan aku belajar agama di sekolah agama dulu, (kalau salah aku mintak maaf, tolong betulkan kat sini ya) orang yang hilang akal sebelum akil baligh dijanjikan syurga sebab dosa dia tak dihitung.. tapi kalau dia waras dan mencapai akil baligh.. kemudian baru hilang akal, dosa sebelum tu tetap dikira dan perbuatan selepas hilang akal tidak akan dikira.. jadi nenek ini super cool kan? dah la tak waras.. pandai menyanyi.. dosa tak dihitung (kalau betul-betul tak waras la) ehehe.. wallahualam.. Allah saja mengetahui segalanya..

jadi apa yang perlu kita kasihan? sepatutnya kita perlu la jadikan pengajaran.. kita ni yang masih ada akal dan masih waras, fikir la yang mana baik dan yang mana buruk, fikir la apa yang patut kita buat sebagai orang yang waras.. terima kasih nenek, walaupun nenek tidak waras, tapi nenek masih mampu mengingatkan orang lain agar bersyukur dengan apa yang kita miliki.. nenek sangat comel.. ikhlas dari tubelawak..


Terima kasih!!!!

tubelawak

Share

2 ulasan:

  1. assalamualaikum.. sy baru perasan ada link blog saya kat sini.. nak trade link kat blogroll boleh dak? ehehe.. sini macam meriah ja..

    tubelawak.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama5/7/10 9:38 PG

    Wslm,boleh,xdak hal punya..nanti saya masukkan under MYFRIENDS link

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive