Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, April 22, 2010

Pindaan akta ditarik balik gara-gara pilihanraya?

Dikatakan rang undang-undang itu akan dibentangkan semula dalam sesi akan datang, selepas kajian terhadapnya selesai dilakukan.Keh! keh! kiok! jangan la nak auta...selepas kajian ka selepas pilihanraya kecil?




Pindaan Akta Pengangkutan Jalan ditarik balik

Hazlan Zakaria
Apr 21, 10

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz hari ini mengesahkan bahawa rang undang-undang cadangan pindaan Akta Pengangkutan Jalan - termasuk mengenakan denda maksimum RM1,000 - akan ditarik balik.


Rang undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 tersebut dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat Isnin lalu.
Bercakap dalam satu sidang media di lobi Parlimen, Nazri berkata, beliau meneima surat dari kelab penyokong BN (BNBBC) mengenai perkara itu.

Nazri berkata, rang undang-undang itu ditarik balik bagi menggugurkan tiga daripada 51 fasal yang dicadangkan pindaannya.
Tiga fasal yang akan digugurkan ialah:

1. Fasal 8 yang melarang mana-mana pihak kecuali Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membuat, mengeluar, mengedar, menjual atau memasang plat nombor pendaftaran;

2. Fasal 22 bagi menaikkan had umur kelayakan memohon lesen memandu daripada 16 ke 17 tahun; dan

3. Fasal 46 yang menaikkan kadar kompaun maksimum daripada RM300 kepada M1,000.


Menurutnya, rang undang-undang itu akan dibentangkan semula dalam sesi akan datang, selepas kajian terhadapnya selesai dilakukan.

Manakala pegawai Parlimen berkata, kerajaan BN mempunyai tempoh hingga esok untuk menarik balik rang undang-undang tersebut.

malaysiakini








KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive