Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, April 19, 2010

Perang Poster Sudah Bermula Di Hulu Selangor

SELEPAS 24 jam penamaan calon perang poster sudah bermula di Hulu Selangor. Di simpang-simpang jalan utama sudah mula tumbuh dengan berbagai jenis papan tanda. Manakala di tiang lampu dan di tepi jalan mula dicacak dengan poster simbol dacing dan mata.

Dari Rawang ke Kelumpang, melewati Batang Kali, Serendah, Kuala Kubu Baru, di sepanjang jalan itu sudah kelihatan poster BN dan PKR. Bagaimana pun belum kelihatan simbol parti dua calon bebas. Ini menjadikan kehadiran dua calon bebas itu masih belum terasa.

Seperti biasa gambar pemimpin tertinggi kedua-dua parti BN dan PKR juga sudah kelihatan. Gambar Najib Razak sudah mula digantung di tiang-tiang lampu atau pun pokok. Bagaimana poster wajah calon masih belum kelihatan.

Yang ada hanya papan tanda yang mempamirkan gambar Zaid Ibrahim yang tertulis dengan bahasa Melayu, Cina dan India. Papan tanda ini juga kelihatan hanya di tempat-tempat strategik saja.

Pos-pos dan bilik gerakan juga sudah dibangunkan di tepi-tepi jalan. Suasana pilihan raya juga sudah mula terasa apabila orang luar yang akan bertugas sebagai petugas parti politik sudah mula masuk dan menginap di rumah-rumah yang disewa khas oleh parti.

Bagaimana pun dalam beberapa papan gergasi yang dipasang hari ini, saya merasa kurang seronok dengan sebuah papan tanda gergasi yang dipasang oleh BN. Papan tanda gergasi ini mula didirikan menjelang tengah hari tadi dan akan bertambah rancak lewat malam ini.

Papan tanda itu ialah yang menghentam Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat negara. Saya rasa papan tanda gergasi ini tidak relevan dan agak melampau.

Pada saya BN kurang bijak membangunkan papan tanda ini kerana ia tidak banyak menguntungkan BN tetapi boleh menimbulkan simpati orang ramai. Apakah relevannya? Yang bertanding bukan Anwar untuk diattack peribadinya tetapi Zaid Ibrahim. Walaupun Zaid bertanding mewakili PKR di mana Anwar adalah Ketua Umumnya, tetapi tidak sewajarnya kalau Anwar dicerca demikian rupa.

BN boleh membangunkan seberapa banyak papan tanda gergasi tapi bukan yang mengecam peribadi atau mana-mana tokoh. Tindakan itu akan dilihat sebagai BN tidak mempunyai slogan yang menarik untuk ditawarkan melainkan dengan mengutuk pemimpin PKR.

Rasanya elok kalau pihak berkuasa terutamanya SPR mengambil tindakan meminta pihak BN menurunkan papan tanda gergasi ini. Saya bimbang kalau ianya dibiarkan menyebabkan pihak PKR akan membalas balik dengan memasang papan tanda yang mengutuk peribadi Najib Razak.

Apakah kata kalau pihak PKR memasang papan tanda yang mengaitkan Najib dan Rosmah dengan pembunuhan Altantuya? Tentu keadaan jadi panas dan sudah tentu papan tanda sebegitu akan diminta diturunkan. Kalau pihak berkuasa meminta PKR menurunkan papan tanda dan membiarkan BN melakukan apa saja, ini menyebabkan soal keadilan dan salah laku kuasa oleh pihak berkuasa akan dipertikaikan.

Saya tidak fikir kalau PKR mendirikan papan tanda mengecam Najib pihak polis dan SPR akan membiarkan begitu saja?

Jadi sebelum suasana pilihan raya itu menjadi lebih panas dan menimbulkan masalah molek kalau SPR meminta agar papan tanda itu diturunkan segera. Papan tanda gergasi ini dipasang tengah hari tadi di persimpangan jalan utama. Dalam perjalanan pulang tadi saya sempat merakam papan tanda ini dari atas kereta yang dipasang dipersimpangan lampu isyarat menuju ke bandar Rawang. - www.msomelayu.blogspot.com

* Upah Yahudi nasihat negara itu apa? Orang kata ini akibat makan duit haram...






KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive