Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Jun 04, 2010

Keluarga Isteri Kedua Tuntut RM350 Juta, Namakan 15 Defendan


Isteri kedua pengasas dan pengerusi Kumpulan Naza, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin dan lima anak mereka, hari ini memfailkan saman bagi menuntut wang tunai RM350 juta dan beberapa hartanah di Malaysia dan di England.
Mereka juga menuntut enam syarikat iaitu Naza Kia Sdn Bhd, Naza Automotif Manufacturing Sdn Bhd, Nasim Sdn Bhd, Naza Motor Trading Sdn Bhd, Naza TTDI Sdn Bhd dan NZ Wheels Sdn Bhd.
Saman itu difailkan oleh Rokiah Abdullah, 53, bersama anak-anak, Sharifah Roslina, 26, Mohd Azli, 25, Sharifah Rosnani, 24, Sheikh Mohamad Azrul, 21, dan Sharifah Sofia (umur tidak dinyatakan), melalui Tetuan Jamil Mohamed Shafie & Associates di pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Mereka turut menamakan 15 defendan bermula dengan estet milik Nasimuddin, isteri pertamanya Puan Sri Zaleha Ismail, 57, dan anak-anak, Datuk Faisal, 31, Nur Diana, 28, Sheikh Mohd Nasarudin, 26, Sheikh Mohd Faliq, 25, dan Nur Nadia, 24 manakala Naza Kia Sdn Bhd, Naza Automotif Manufacturing Sdn Bhd, Nasim Sdn Bhd, Naza Motor Trading Sdn Bhd, Naza TTDI Sdn Bhd, NZ Wheels Sdn Bhd, Ekspedisi Nikmat Sdn Bhd dan CIMB Trustee Berhad dinamakan sebagai defendan kelapan hingga ke-15.
Selain wang tunai berjumlah RM350 juta, plaintif menuntut Zaleha, anak-anaknya dan CIMB Trustee Berhad mengisytihar aset-aset dan harta-harta alih dan tidak alih dalam dan luar negara kepunyaan Nasimuddin dari 1 Mei 2008 sehingga sekarang.
Mereka juga menuntut syarikat-syarikat, aset-aset Allahyarham dan juga beberapa hartanah dalam negara dan England.
Plaintif juga menuntut Ekspedisi Nikmat Sdn Bhd menyerahkan butir terperinci nilai aset Allahyarham yang dipegang amanah olehnya.
Menerusi pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa semasa Nasimuddin masih hidup, beliau telah berjanji akan menyerahkan syarikat Naza Kia Sdn Bhd, Naza Automotif Manufacturing Sdn Bhd, Nasim Sdn Bhd, Naza Motor Trading Sdn Bhd, Naza TTDI Sdn Bhd, NZ Wheels Sdn Bhd kepada kesemua plaintif untuk membolehkan mereka hidup berdikari tetapi sebelum sempat berbuat apa-apa pindah milik, Nasimuddin meninggal dunia di California, Amerika Syarikat, pada 1 Mei 2008.
Mereka juga mendakwa sebelum Nasimuddin meninggal dunia, beliau memberitahu mereka bahawa asetnya melebihi RM3 bilion dan telah menyerahkan kepada plaintif butir-butir syarikat dan harta yang dimilikinya.
Ia termasuk beberapa buah banglo dan hartanah di dalam negara, lima hartanah di sekitar London, sebuah banglo di Johannesburg, Afrika Selatan, serta sebuah apartmen dan sebuah banglo di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Plaintif juga mendakwa Allahyarham sempat memberitahu bahawa CIMB Trustee Berhad adalah pemegang amanah sebahagian besar harta-harta alih dan tidak boleh alih kepunyaannnya seperti saham-saham syarikat.
Mereka mendakwa juga mendapat tahu daripada pihak luar bahawa Zaleha dan anak-anaknya telah membuat permohonan di mahkamah dalam saman pemula untuk mengawal aset-aset Nasimuddin tanpa memasukkan nama-nama plaintif sebagai waris sah Nasimuddin.
Mereka juga mendakwa bapa saudara kepada anak-anak Rokiah juga telah mengambil tindakan saman pemula untuk tujuan yang sama (mengawal harta) tanpa mengambil kira kepentingan mereka dalam kes ini.
Plaintif berkata mereka telah meminta keluarga pertama Nasimuddin menyelesaikan masalah hak mereka.
Pada 27 Jan lalu, defendan melalui Tetuan Akhberdin & Co menghantar surat menawarkan RM20 juta sebagai penyelesaian muktamad terhadap tuntutan plaintif tanpa mengambil kira niat Nasimuddin.
Melalui Tetuan Radzuan Ibrahim & Co, plaintif telah meminta kes itu diselesaikan dengan bayaran RM350 juta tunai dan syarikat-syarikat serta asset Naza Kia Sdn Bhd, Naza Automotif Manufacturing Sdn Bhd, Nasim Sdn Bhd, Naza Motor Trading Sdn Bhd, Naza TTDI Sdn Bhd, NZ Wheels Sdn Bhd diserahkan kepada plaintif seperti pernah dijanjikan oleh Nasimuddin semasa hayatnya kepada Mohd Azli.
Mereka mendakwa Nasimuddin mahu Mohd Azli menamatkan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan automotif dan Mohd Azli telah berjaya menamatkan pengajiannya.
Kesemua plaintif juga menuntut RM20 juta dibayar oleh Zaleha dan anak-anaknya melalui Ekspedisi Nikmat Sdn Bhd sebagai bayaran sementara dan baki dibayar selepas perbicaraan kes ini. — Bernama

tvs

Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive