Jumaat, Jun 04, 2010
Permainan Pihak Pendakwa Macam Drama Bollywood
Oleh Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR 3 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi kes Fitnah 2 yang didalangi Umno-Barisan Nasional mempertikaikan keterangan pakar perubatan dari Hospital Kuala Lumpur berhubung terjumpanya sampel air mani pada badan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Malah beliau menyifatkan percanggahan keterangan doktor HKL dengan laporan perubatan hospital sebagai drama Bollywood.
Anwar membayangkan kemungkinan spesimen DNA yang diperolehi daripada tersebut telah diletakkan pihak tertentu bagi mensabitkan beliau dengan kesalahan liwat.
Beliau juga berkata pakar forensik, Dr David Wells yang diterbangkan khas dari Australia untuk membantu pasukan pembelaan yang diketuai Karpal Singh, telah menyatakan prosedur pemeriksaan dakwaan liwat oleh HKL adalah diluar amalan biasa.
Dr Wells adalah profesor kriminologi di Universiti Melbourne serta bertugas di Victorian Institute of Forensic Medicine.
Anwar ketika ditemui di luar mahkamah berkata bukti dan dakwaan saksi perbicaraan ini akan dicabar oleh barisan peguamnya yang akan menampilkan 'kejutan'.
"Kita tidak gusar dengan perkembangan ini. Bahkan dalam laporan tersebut ada juga menyatakan terdapat lebih daripada seorang pemilik DNA. Ini seperti drama Bollywood.
"Kita ada pakar yang akan meneliti keterangan doktor yang pada mulanya mengesahkan dalam laporan bahawa tiada penembusan. Doktor (Dr Razali) turut membawa laporan baru daripada kajian makmal. Setelah dua tahun, baru pertama kali kita mendapat tahu mengenai perkembangan ini," kata Anwar.
Beliau berkata sebelum ini pihak pembelaan tidak pernah dimaklumkan dengan penemuan bukti baru tersebut.
Malah notis penangguhan yang dibenarkan hakim selama dua hari tidak dapat memberikan masa yang cukup kepada barisan peguambela untuk membuat persediaan.
Peguam Sankara Nair yang ditemui selepas prosiding menjelaskan bahawa barisan peguambela telah meminta pandangan lanjut daripada pakar termasuk pakar mikrobiologi.
"Ada bukti baru yang ditampilkan hari ini yang berlainan dengan laporan yang dikemukakan. Ini bersalahan, kerana seolah-olah kita telah di'ambush' dengan bukti baru. Sepatutnya kita diberikan peluang dan ruang untuk membuat persediaan," katanya.
Beliau menganggap keterangan Dr Razali tidak konklusif dan barisan peguambela akan memulakan soalbalas terhadapnya apabila prosiding bersambung esok.
"Banyak lagi perkara lagi yang boleh disanggah," kata Sankara.
Sehubungan itu ketika ditanya samada testimoni Dr Razali memeranjatkan, Anwar berkata perkara sebegini telah dilakukan sejak 12 tahun yang lalu dan beliau tidak berasa risau.
"Anda akan rasa terkejut jika membaca laporan tersebut. Ia menyebut air mani dan sampel DNA dijumpai dari dua individu. Ini betul-betul drama Bollywood.Ini semuanya adalah serangan politik terhadap saya. Ini amat jelas. Anda juga akan terkejut air mani tersebut kepunyaan siapa," tegas beliau.
Karpal juga menyatakan prosiding hari ini tidak mengesahkan identiti individu yang dikaitkan dengan air mani yang dijumpai pada badan Saiful sambil mengandaikan kemungkinan ia diletakkan dengan sengaja .
Dr Razali semasa keterangan beliau memberitahu mahkamah adanya dua sampel DNA kepunyaan dua lelaki dan sampel itu diperolehi daripada bahagian atas dan bawah dubur Saiful.
Anwar mendakwa pihak pendakwa tidak bercakap benar apabila mereka tidak membenarkan pasukan pembelaan akses kepada sampel air mani atas alasan hanya ada satu sampel sahaja.
Beliau merujuk kepada kenyataan awal Dr Razali bahawa doktor tersebut menyimpan sebanyak dua set sampel kawalan.
"Apa yang dikatakan oleh doktor adalah perkara baru. Dia berkata ada beberapa spesimen tetapi pihak polis dan pendakwa kata tidak ada lagi spesimen yang tinggal.
"Sekarang setelah satu setengah tahun hanya spesimen ini yang tinggal. Ini semua amat pelik. Saya serahkan kepada peguam dan saya tidak risau. Setelah 12 tahun berhadapan dengan propaganda media, perkara ini tidak ada kesan kepada saya," kata Anwar.
SK
Share

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2010
(3200)
-
▼
Jun
(272)
- Sajian timun arsenik Israel
- Berpelukan dalam selimut
- Tolong jangan masuk campur
- Pelakon Popular 'Winter Sonata' Bunuh Diri
- Umno takut kuasa undi anak muda
- AS tangkap perisik seksi Rusia
- JERUNG TANPA GIGI
- Urutan Jumaat...Umat Islam bersolat, penguatkuasa ...
- Tidak keluar lesen judi kerana agama?
- Piala Dunia: Jepun tewas penalti
- Bala Tolak Syarat SPRM Tidak Benarkan Peguam Pada ...
- Budak 13 tahun sehebat Spiderman
- Malaysia Beli Torpedo Lebih Mahal Dari Harga Pasaran?
- Buli di MTD: 1 disingkir, 4 digantung
- Awan berbentuk jenazah di Kelantan
- Luna Maya-Ariel berpelukan
- Rupanya Senyum Kambing penyokong England
- Pendedahan Ulama' muda yang ditipu UMNO!!!!
- Pasar Payang lokasi panas
- Brazil tewaskan Chile (Video Jaringan)
- Belanda tundukkan Slovakia (Video Jaringan)
- Remaja Perempuan Berkhalwat Di Dalam Surau Hospital
- FULLAMAK UMNGOK
- Ibu desak jual tubuh
- 'Pemukiman PKR kritik MB S'gor secara tak langsung'
- Anwar Pertahan Khalid, Nafi Wujud Pakatan Kudeta
- Saksikan Video Jerman Belasah England
- Pakatan Rakyat Yakin Tawan Negeri Sembilan Pada PR...
- Argentina singkirkan Mexico (Video Jaringan)
- Gadis Filipina lebih bergetah
- Jerman Belasah England (Video Jaringan)
- Coli Cut Tari bahan bukti
- Jumpa Najib, bukan semua masuk Umno
- Domain laman web porno .xxx
- Kickdefelda
- Dua dua tak boleh pakai
- Lawak Ahad: Mari beli ubat
- Keluarga pelajar MTD mati didera buat laporan polis
- Ghana tewaskan USA (Video Jaringan)
- Keputusan Piala Dunia 26 Jun 10: Uruguay 2 Korea S...
- Azmin nafi ada konspirasi tumbangkan MB S'gor
- Peneroka felda dah jadi 'flowerhornes'.
- Saya akan terus berkartun hingga titisan dakwat te...
- Pencuri pulang coli, seluar dalam
- MJ Dibunuh Kerana Wang - Latoya Jackson
- Khairy: Ibrahim Ali 'jaguh kampung'
- Keputusan Piala Dunia 25 Jun 10
- Luna Maya lafaz cinta untuk Ariel
- "Nafi 2/3 BN tu agenda lama"
- Adegan lucah Ariel, Luna dalam DVD
- Wanita dipaksa bogel dan dirakam gambar
- Speaker Didesak Siasat Najib Bohong Berhubung PRK ...
- Bosan tengok PRESS R Astro?
- Rahsia Rukun 13
- Dokumentari Kontroversi Bakun Disiar di Youtube
- Keputusan Piala Dunia 24 Jun 10
- 55 juta untuk 11 PRK? PDRM Perlu Berjimat Cermat
- Warga Sarawak Prihatin Buat Laporan SPRM Terhadap ...
- Menteri Otak Kemetot Nak Buang Tak Boleh...
- Rayuan Gadis Manja
- PRK: SPR pakai RM6 juta,Polis pulak RM55 juta?
- Asri, 100 Ulama Diminta Tolak Sertai Umno Yang Rosak
- Remaja Perempuan 16 Tahun Bersekedudukan Ditahan M...
- ARIEL akhirnya disahkan “pelakon” video lucah
- Keputusan Piala Dunia 23 Jun 10
- Ifa Raziah Bengang "Ditangkap Khalwat"
- Klip video lucah 'Ariel' dijual RM5
- Tuudia!! Penoreh getah jadi bookie
- Lulus lesen judi,Mansuh lesen ayam
- Syarikat Yahudi dilayan, hak rakyat Kelantan dinafi
- Video seks ‘Peterporn’ tepati ramalan
- RM6.7 Bilion Untuk Dua Kapal Selam Scorpene
- Lain yang ditanya,lain yang dijawab?
- Keputusan Piala Dunia 22 Jun 10
- Najib Didesak Tunjuk Surat Kelulusan Lesen Judi Ke...
- Ulama Masuk Umno Hanya Mengorek Kubur Sendiri - PAS
- PAS Kedah sasar 20 kerusi DUN untuk PRU 13
- Cut akui mirip pelakon seks
- Najib 'Flip 'Flop' Bentang Terlalu Banyak Pelan, S...
- ‘Perogol bersiri’ pelajar kena dakwa
- Lambat ke pejabat kerana Penjara Pudu?
- Nenek tertipu cinta Internet
- Asri : Masuk Umno? (atau PAS?) — Yusri Mohamad
- Lebih tujuh kenamaan di kenal pasti terbabit judi ...
- Keputusan Piala Dunia 21 Jun 10
- Sertai Parti Politik Hak Peribadi, Janggal Dr Asri...
- Budak disunat jin
- Saman Ekor Bukan Menyusahkan Tetapi Menganiayakan
- Salah laku seksual, seks bebas : 300 remaja Melayu...
- Khairy Terlibat Dalam Penawaran Lompat Parti?
- Tangkis pembohongan? siapa sebenarnya yang berbohong?
- Keputusan Piala Dunia 20 Jun 10
- AMK Pulau Pinang Mahu Bongkar Siapa Zahrain Sebenar
- Luna buang tatu di pinggul
- Ada berani ka Najib?
- Alasan Nazri Aziz Berhubung Lesen Judi Sukan Tidak...
- Tukar parlimen atau tukar kerajaan?
- Kebebasan Media: Rais Terus Berkhayal
- Lawak Ahad: Berita baik buat seorang bapa
- Sanggup layan lima lelaki sehari
-
▼
Jun
(272)
Kes l***t DSAI: Marilah umat Islam malaysia solat hajat supaya pembohong (tak kira siapa: saksi ke, pendakwa ke, hakim ke, doktor ke) diturunkan bencana ke atas mereka oleh Allah.
BalasPadam