Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Julai 17, 2010

Harga barang naik, orang muda perlu tolak BN



Kenaikan harga barang hari ini sepatutnya menjadi motivasi kepada golongan muda supaya segera mendaftar sebagai pemilih bagi membolehkan mereka menjadi pengundi dalam pilihan raya umum akan datang dan sekaligus menolak pemerintahan rejim Umno dan Barisan Nasional yang berterusan menekan rakyat di negara ini.

Golongan muda tidak seharusnya berdiam diri dan bersetuju dengan tindakan kerajaan yang sewenang-wenangnya memperkotak-katikkan dan memperbodohkan rakyat dengan berbagai-bagai ungkapan apabila menaikkan harga barangan asas seperti yang berlaku semalam.

Apa yang berlaku semalam adalah merupakan suatu penghinaan kepada rakyat secara keseluruhannnya.

Alasan yang diberikan iaitu bukannya kenaikan harga barang tapi sebaliknya pengurangan subsidi ke atas barangan-barangan tersebut tidak dapat diterima akal yang waras.

Katanya, dengan kenaikan harga barangan itu kerajaan mampu memjimatkan RM750 juta pada tahun ini sahaja, tapi impaknya, penjimatan itu akan berterusan membebankan dan menekan kehidupan rakyat.

Kalaulah ianya merupakan langkah penjimatan kepada perbelanjaan negara, mengapa perlu diumumkan sejurus selepas Dewan Rakyat berhenti bersidang? Sepatutnya bentangkan di dalam parlimen untuk dibahaskan semua wakil-wakil rakyat kalau ianya dirasakan keperluan yang amat sangat bagi mengelakkan negara dari bankrap akibat kebergantungan rakyat kepada subsidi seperti yang dihebohkan baru-baru ini.

Pemuda Umno yang kononnya lantang memperjuangkan isu rakyat perlu bangkit menggerakkan ahli-ahlinya untuk memprotes kenaikan harga barangan menjelang majoriti rakyat negara ini akan menyambut ketibaan Ramadhan dan Aidil Fitri tidak lama lagi. Sudah pastilah keseluruhan harga barang walaupun tidak diumumkan semalam akan turut mengikut jejak 5 barangan itu.

Jika perlu, anjurkan demontrasi membantah kenaikan harga 5 barangan asasi ini seperti mana mereka berdemontrasi menentang isu kecurian pasir di Selangor kelmarin.

mohd-firdaus-jaafar

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive